Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera.

 On Thursday, January 4, 2018  

Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera.

Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera.

KANAK-kanak berusia dua tahun tiga bulan dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai oleh ibunya dalam keadaan tidak bernafas dan terdapat pendarahan di kedua-dua belah telinganya. 

Kanak-kanak lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia sebelum kakitangan hospital menghubungi polis kerana mengesyaki dia didera. 


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada kakitangan HTSMTI pada 9.30 malam yang menyatakan tentang kanak-kanak itu yang meninggal dunia kerana disyaki didera. 

"Mangsa dihantar oleh ibunya ke hospital kira-kira 7.30 malam dalam keadaan tidak bernafas. 

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua belah telinga mangsa selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kirinya. 

"Terdapat juga kesan lebam lama di bahagian belakang badan mangsa dan terdapat takungan air di kerongkongnya," katanya. 

Beliau berkata, polis menahan ibu kanak-kanak itu bagi membantu siasatan. 

Katanya, ibu kanak-kanak itu yang berusia 18 tahun dan berkerja sebagai juruwang di pasar raya ditahan kira-kira 8 malam di hospital berkenaan. "Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Ulang siar entri Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera. 4.5 5 Unknown Thursday, January 4, 2018 Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Dipercayai Didera. KANAK-kanak berusia dua tahun tiga bulan dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tu...


No comments:

Post a Comment