Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin.

 On Thursday, January 4, 2018  

Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin.

Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin.

Seorang guru besar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang zakat murid sekolahnya, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Zabidah Sulaiman, 58, yang ketika itu bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Cheneh Baru 2 di Kemaman, didakwa menyalahgunakan harta, iaitu wang zakat berjumlah RM5,000 daripada Syarikat Ladang Rakyat Terengganu lapor Berita Harian Online hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, wang berkenaan yang diterima tertuduh sepatutnya diberikan sebagai sumbangan kepada 100 murid sekolah berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) pada 13 Julai 2015 di Bilik Mesyuarat Syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, di Kemaman.
Bagaimanapun, tertuduh yang ketika ini bertugas sebagai Guru Besar SK Pasir Gajah, Kemaman, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz kemudian menetapkan 11 Februari depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan tertuduh diwakili peguam Che Amir Che Musa.


Ulang siar entri Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin. 4.5 5 Unknown Thursday, January 4, 2018 Guru Besar Didakwa Kerana Salahguna Wang Zakat Murid Miskin. Seorang guru besar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas per...


No comments:

Post a Comment