Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama..

 On Sunday, January 7, 2018  

Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama..

Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama..

Oleh : Carol Lynn
Ada seorang murid baharu mendaftar masuk ke sekolah saya. Saya menempatkannya dalam kelas yang kedua. Ibunya memohon anaknya ditempatkan di kelas pertama. Saya jelaskan kepada beliau bahawa kelas yang pertama telahpun penuh. Saya kira urusan itu telah selesai. Saya telahpun menghantar mesej kepada guru kelas berkenaan untuk memberitahu tentang kemasukan murid baharu ke kelas berkenaan.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki tanpa memberi salam telah meluru masuk ke bilik saya. Dia ialah bapa murid berkenaan. 
Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris bahawa dia tidak gembira bila mendapat tahu anaknya ditempatkan dalam kelas kedua. Ini kerana di sekolah terdahulu anaknya berada dalam kelas yang pertama. 
Dia seorang melayu tetapi berbicara Bahasa Inggeris dengan saya. Mungkin dia hendak menunjukkan keintelektualannya. Dengan itu, saya akan berasa takut dan menurut kehendaknya.
Saya jelaskan kepadanya bahawa sekolah ini tidak mengasingkan pelajar mengikut pencapaian akademik. Semua kelas sama sahaja. 
Namun, lelaki tersebut tidak mahu terima. Dia berhujah, keputusan saya meletakkan anaknya di kelas kedua akan melemahkan semangat anaknya. Anaknya tidak dapat bersaing dengan murid-murid pintar yang lain. 
Lagipun, sekolah tidak memberi tumpuan kepada kelas yang belakang. Sebab itulah dia hendak anaknya ditempatkan di kelas pertama.
Saya cuba jelaskan sekali lagi. Kali ini dalam Bahasa Inggeris agar dia mudah faham bahawa sekolah ini tidak mengasingkan murid mengikut pencapaian akademik. Semua kelas sama. 
Tetapi dia tetap berkeras dengan mengulangi alasan-alasannya tadi. Untuk tidak mengeruhkan suasana, saya pun mengalah. Saya bersetuju untuk menempatkan anaknya di kelas pertama.Selepas itu barulah si ayah tenang.
Bukan senang untuk kami berurusan dengan ibu bapa yang pelbagai ragam dan kemahuan. Semuanya perlu kami layani secara saksama dan bijaksana. 
Kadang-kadang kita perlu bertolak ansur. Seorang sahabat saya mempersoalkan kenapa KPM masih meneruskan Dual Languange Programme yang menurutnya telah meng"kasta"kan pendidikan. 
Sebenarnya ini adalah pendemokrasian pendidikan di mana KPM mengambil kira permintaan daripada ibu bapa agar anak-anak mereka dapat belajar Matematik, Sains dan TMK dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah supaya pelajar-pelajar ini dapat berdaya saing secara global di samping meningkatkan keboleh pasaran mereka di alam pekerjaan.

Ulang siar entri Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama.. 4.5 5 Unknown Sunday, January 7, 2018 Tiada Pengasingan Murid Ikut Kepandaian Namun Bapa Ini Tetap Berkeras Mahukan Anaknya Di Kelas Pertama.. Oleh : Carol Lynn Ada seorang...


No comments:

Post a Comment