Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula.

 On Monday, October 8, 2018  

Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula.

Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula.

Kerja menggali semula kubur jenazah ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan dimulakan di tapak perkuburan Islam Kota Damansara, pagi ini.

Polis mengawal kawasan menuju ke tapak perkuburan itu dan hanya membenarkan ahli keluarga terdekat si mati masuk ke situ.


Ahli keluarga dan peguam kepada balu Nazrin, Samira Muzzafar kelihatan berada di kawasan itu tetapi mereka enggan bercakap dengan media.

Kenderaan membawa jenazah dilihat memasuki ke tapak perkuburan pada kira-kira 9.20 pagi diikuti dengan van polis forensik.

Kerja penggalian semula itu dilakukan selepas adik Nazrin membuat laporan polis, mendakwa terdapat kecacatan dalam laporan bedah siasat pertama yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur.

Adik-beradik Nazrin mendesak supaya bedah siasat kedua dijalankan oleh pakar patologi bebas untuk mencari punca kematian Nazrin selepas polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh. - SoZPress.


Sumber : The Malaysian Insight

Ulang siar entri Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula. 4.5 5 Unknown Monday, October 8, 2018 Kubur CEO Cradle Fund Nazrin Hassan Digali Semula. Kerja menggali semula kubur jenazah ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin...


No comments:

Post a Comment