Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'..

 On Friday, May 10, 2019  

Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'..

Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'..

Oleh : Nazia Suhaimi

Lepas solat Jumaat, saya terima panggilan dari brader Pos Laju. Brader pos cakap ada parcel untuk saya. Saya jawab kami dah dua hari balik kampung di Kota Tinggi. Brader pos cakap eh? Pintu rumah akak terbuka ni.

 

 
Saya terus mengeletar. Baru semalam kecoh dalam group wasap komuniti, rumah jiran kena pecah. Emas dan wang tunai 2k lesap. Saya tanya, pintu pecah ke? A'ah kak pintu pecah ni, jawab brader Pos.

Saya terus lari bergegas kejutkan suami, bos baru lelap balik dari masjid. "Bang! Bang! Rumah kita kenah pecah!"

Saya panik! Terus wasap dalam group komuniti minta jiran tengokkan rumah. Ya, memang kena pecah. Saya terus call polis minta tolong datang rumah. Kami bergegas bersiap balik Putrajaya.

On the way balik, terima wasap dari adik cleaner. Katanya pagi tadi dia menyapu depan rumah, pintu masih berkunci. Jam 11 pagi, jiran searas lalu depan rumah, pintu dah terbuka.

6 jam perjalanan dalam kereta, rasa sangat lama. Kami banyak berdiam diri. Bercampur-baur perasaan.

Sampai rumah, nak luruh jantung. Duit tunai RM500 buat beli barang dapur untuk Ramadan ini, lesap. Duit tu sebenarnya tertinggal. Bilik-bilik pula macam tongkang pecah. Stor dengan dapur pun tak terkecuali.

Sedih. Marah. Kecewa. Semua ada. Saya tengok suami, suami tengok saya.

Polis call minta nyatakan berapa nilai kerugian. Report dah dibuat petang tadi oleh pihak polis. Tak banyak, tak sampai RM1k.. Tapi duit RM500 tadilah saja yang ada buat nak hidup sampai gaji nanti.

Polis pun siap pesan, sekarang ni memang dah banyak kes pecah rumah di Putrajaya. Kalau nak tinggalkan rumah, bawa sekali barang berharga.

Allah Maha Baik. Syukurlah masih ada sedikit simpanan. Ini pun macam nak habis nyawa menabung.

Rumah kami, rumah kedua yang kena pecah masuk dalam tempoh tak sampai 24 jam. Modus operandi jenayah sama, tak tinggalkan mangga. Polis syak, suspek ada alat yang boleh merosakkan mekanisma mangga. Kerja mungkin 2 orang, sebab pintu rumah kami berat. Pintu ni solid. Mana mungkin orang tak dengar masa pintu dipecahkan. Benda yang suspek ambil, sama. Duit dan emas je. Lain tak usik.

Malam itu, anxiety saya triggered agak teruk. Saya resah lain macam, nak tidur rumah sendiri jadi takut. Saya ajak suami balik rumah mak di KL. Saya pujuk suami. Kita rehat di KL dulu ya bang. Esok kita kemas.

Semalam, pagi-pagi kami dah balik Putrajaya. Sehari suntuk kami mengemas. Brader maintenance pun dah siap repairkan pintu, pasang lock. Sambil-sambil mengemas, air mata mengalir lagi. Yalah, tak pernah kena kan. Jadi menangislah juga mengenang nasib.

Lepas dah siap semua, usai solat, saja saya selak-selak tafsir Quran. Hati saya tersentak bila terbaca ayat ini;

"Apa yang ada pada kamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (97)

"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (98)

"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam" (99)

"Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka" (100)

Surah An-Nahl.

Saya menangis lagi. Sentap beb. Sebab saya susah hati sangat bab duit sampai solat pun tak khusyuk. Saya lupa, saya ada Allah untuk saya minta sungguh-sungguh. Sungguh saya alpa hanya sebab mengenangkan susah di dunia.

Banyak betul pengajaran pecah rumah ini buat kami. Nak-nak pula, esok sudah masuk bulan Ramadan. Kalau nak difikirkan, sikit saja Allah uji. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin lebih dasyat dan tragis.

Ya Allah.. Aku mintak maaf Ya Allah, aku mintak ampun..

Terima kasih baca coretan saya disini. Saja tulis panjang-panjang, buat kenangan.

Dengan rasa rendah diri, saya Nor Nazia Suhaimi, minta ampun dan minta maaf atas segala salah silap saya. Sama ada saya sedar atau tidak. Saya betul-betul minta maaf.

Selamat menyambut bulan puasa, sahabat. Semoga kita pulun kejar pahala.

Ahlan wasahlan Ya Ramadan.

Ulang siar entri Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'.. 4.5 5 Unknown Friday, May 10, 2019 Hati-Hati Tinggalkan Rumah, Musim Orang Nak Cari 'Duit Raya'.. Oleh : Nazia Suhaimi Lepas solat Jumaat, saya terima panggilan...


No comments:

Post a Comment