Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'..

 On Friday, May 10, 2019  

Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'..

Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'..

Pergaduhan Linda Rafar melawan jururawat dan 100 netizens yang mengecamnya telah berakhir apabila selebriti itu membuat permohonan maaf dan memaafkan semua pihak secara terbuka menerusi satu kenyataan di Instagramnya pada selasa.

Sebelum ini Linda bertindak menularkan gambar jururawat yang menurutnya tidak memberikan layanan yang baik kepada arwah ibunya semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam.


Tindakan Linda itu mendatangkan kenyataan balas apabila kumpulan jururawat mempertikaikan kecaman Linda yang dianggap tidak berasas dan tuduhan yang melampaui batas.

Berikutan itu, Linda pula yang menjadi sasaran kritikan netizens.

Dari ramai-ramai yang mengecamnya, Linda telah memilih untuk menyaman 100 individu yang beliau anggap bersikap kurang ajar, tiada adab dan tidak menggunakan perkataan yang baik.

Berikutan itu, 100 dari netizens yang terlibat, sebahagiannya telah memohon maaf, sebahagiannya mempertahankan komen mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Linda berkata, beliau bersedia memaafkan dan mahu meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam insiden itu.


Namun kenyataan maaf yang dibuat oleh Linda itu rupanya mempunyai kisah disebaliknya. Perkara itu diceritakan oleh doktor Rusyainie Ramli menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Menurut Doktor Rusyainie, Linda sebenarnya meminta maaf kerana telah gagal dalam tuntutannya terhadap jururawat yang bertelingkah dengannya.

Bukan sahaja perlu meminta secara terbuka malahan perlu membayar sejumlah gantirugi.

Namun Doktor Rusyainie turut menyatakan kekesalan kerana permohonan maaf Linda itu tidak membayangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh selebriti itu mengikut penyelesaian kes luar mahkamah. 

Linda sebaliknya berterusan bersikap ego katanya.

"Tahniah Delegation of Nurses yang bertindak menjadi pemudahcara untuk 1 jururawat yang difitnah oleh 1 selebriti. Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu.

Sebagai doktor marhaen yang menjadi penyokong kuat DoN, saya melihat ketegasan dan kemampuan pemimpin tertinggi DoN dalam menangani kemelut ni sebagai petanda penting buat komuniti jururawat.

 

Akhirnya, mereka ada satu persatuan yang berdiri kukuh dan berpegang kuat dalam mempertahankan hak dan maruah jururawat. Ini satu signal penting pada mana-mana pihak, jangan cuba dikejutkan gergasi yang sedang tidur. DoN yang mewakili jururawat-jururawat alaf baru adalah satu harapan dan sinaran yang selama ni malap dan kelam. Apa yang DoN lakukan ialah mewakili suara keluhan, tangisan, rintihan dan jeritan jururawat-jururawat yang seakan-akan tenggelam dek birokrasi pihak yang dah kat atas tu. Tahniah DoN sekali lagi.

Yang paling mengagumkan bila jururawat-jururawat dan netizen beramai-ramai menyumbangkan bantuan kewangan sikit seorang untuk membiayai yuran guaman supaya tindakan sivil boleh diambil ke atas selebriti yang tak reti bersyukur tu.

Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya! Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif. Yang saya pelik, mengapa dalam BI? Supaya netizen tak baca? Iyalah ramai netizen tak berapa nak mahir BI. Tapi itulah, tatabahasanya pun, hmmm. Zulaikha pun boleh menulis dengan lebih baik.

Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah. Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya.

Untuk netizen, ambil iktibar. Sebelum menaip dan memuatnaik status menghentam pihak pengamal perubatan, fikir dulu. Selebriti pun kami tak hairan. Reputasi kami takkan kami biar diperkotakkatikkan,"
katanya dalam kenyataan itu. - 10 Mei 2019.

Ulang siar entri Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'.. 4.5 5 Unknown Friday, May 10, 2019 Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'.. Pergaduhan Linda Rafar melawan jururawat dan 100 netizens yang mengecamnya te...


No comments:

Post a Comment