Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor.

 On Wednesday, May 15, 2019  

Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor.

Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor.

Oleh : Shamsul Ramli

Siang tadi di sekolah aku ada borak-borak dengan akak seorang ni, dia bagitau: "ni, dalam group whatsapp sekolah lama akak ni, baru dapat tau kawan baik akak dulu, anak dia baru disahkan kanser. Sedih betul kami bila dapat tahu. Budaknya muda lagi, tengah belajar di Unimas. Akak boleh cakap yang budak ni full package orangnya. Cerdik, cantik, baik budi bahasa. Dia punya tutur kata, alahai lembut betul Sham.


 
Kenapa la budak sebaik tu boleh kena kanser ye Sham...?"

Aku jawab:"kanser ni kak, dia tak memilih bulu, dia tak pilih orang. Orang baik kena kanser, orang jahat pun kena kanser. Ustaz kena, pencuri kena. Penyanyi kena, ahli sukan pun kena.

Kalau ikut yang tersurat, mungkin saja disebabkan oleh gaya hidup seseorang tu. Macam contoh saya, sah-sah la kena kanser sebab merokok. Ada juga yang dikaitkan dengan pemakanan yang kita ambil, ada juga disebabkan faktor persekitaran, dan ada juga disebabkan faktor genetik.

Tapi kalau ikut yang tersirat, mengapa Allah pilih seseorang itu untuk diuji dengan kanser, itu Wallahua'lam. Kuasa Allah kak. Mungkin saja Allah nak hapuskan dosa-dosa orang tu, nak naikkan darjat dia. Mungkin Allah nak bagi dia peringatan, sebagai amaran. Atau mungkin saja Allah nak uji orang-orang di sekeliling dia. Kan..."

Akak:"Herm ye la kuasa Allah la semua tu kan. Tapi kan Sham, mak dia cakap kanser anak dia ni dah melarat. Doktor memang ada suggest beberapa kaedah rawatan. Operation untuk buang kanser, kemudian nak buat kemoterapi. Tapi doktor tak boleh bagi jaminan la sebab kanser dia dah tahap 4. Eh Sham, biasa akak dengar bila tahap 4 ni peluang dah tipis ye Sham...?"

Aku:"Macam ni kak, doktor akan merawat ikut prosedur yang telah ditetapkan, mengikut kepakaran mereka masing-masing. Mereka tu pakar kak. Insha Allah mereka tahu apa yang mereka buat.

Tapi kak, doktor pun manusia juga. Mereka meramal mengikut pengalaman mereka, mengikut apa kata perubatan. Tapi sembuh ke gagal ke, sihat ke melarat ke, Allah juga yang tentukan kak.

Saya nak cerita sikit, saya sebenarnya dah ramai jumpa perkara-perkara ajaib ni kak. Ada tu yang doktor tak bagi harapan pun malah doktor cakap tinggal beberapa bulan sahaja untuk hidup, tetapi dengan kuasa Allah berjaya juga sembuh.

Ada yang sembuh kak, bukan takde. Ada...

Ada yang dapat pulih dari kanser, hidup sampai ke tua, dan akhirnya mati bukan disebabkan kanser pun. Insha Allah semuanya kerja tuhan kak. Yang penting kita ni usaha sahaja."

Akak:"Yela Sham kan moga-moga dia berjaya la dengan rawatan tu kan.

Tapi kan, yang akak geramnya dalam group tu dah ada yang pandai-pandai nak jadi doktor segera. Suruh makan itu la, suruh ambil vitamin ini la. Suruh jangan pergi kemo la, nanti jadi lagi teruk la, jadi botak la. Hishhh ada ke sampai cakap macam tu pulak dema-dema ni.

Akak tak nak bagi cadangan yang bukan-bukan, tak berani akak. Lagi pun akak tau, mak bapa dia lagi la nak anak dia sihat, lagi la tau macam mana nak mengatur rawatan untuk anak dia.

Akak cuma bagi kata-kata semangat je."

Aku:"haa elok sangat la tu kak. Betoi sesangat dah tu. Gitulah kekdah yang sebaik-baiknya..."

Kemudian kami berborak hal-hal lain, dan tak lama lepas tu aku minta diri, ada kelas.

Korang dapat apa yang aku nak sampaikan kat atas kan...?

Ulang siar entri Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 15, 2019 Jangan Memandai-Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor. Oleh : Shamsul Ramli Siang tadi di sekolah aku ada borak-borak ...


No comments:

Post a Comment