Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya.

 On Wednesday, May 15, 2019  

Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya.

Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya.

Oleh : Fadh Zakaria

Post emotional sikit...... 😞😞

Nak kacak, nak ringan badan, nak buang angin... sanggup minum air jenama Ixxxxx. Tak sampai sebulan minum, dari bacaan buah pinggang bawah 90 (normal bawah 100), datang hospital muntah-muntah, loya, tak larat sebab tak lalu makan!! Bila periksa, bacaan fungsi buah pinggang > 1200!!!! 😱😱😱

 

Rakyat Malaysia memang tak serik lagi ke...? 😠😠😠Macam macam dah Dr Rafidah Abdullah, Dr Lily Mushahar, Dr Suryati Yakob serta kawan-kawan saya yang lain menulis tentang bahaya ubat-ubatan atau produk-produk ini. Kadang-kadang kami tak faham, macam mana cara lagi kami nak khabarkan pada anda semua tentang betapa deritanya bila dah kehilangan fungsi buah pinggang dan terpaksa bergantung pada dialisis untuk terus hidup. Ada yang terpaksa memohon jasa baik orang untuk menderma buah pinggang pada kita, itu pun kalau ada... 😓😓 Tak cerita lagi kos untuk menanggung proses dialisis dan masa yang terpaksa dikorbankan untuk meneruskan kelangsungan hidup...😞😞

Muda lagi, patutnya masih boleh berkhidmat pada bangsa dan negara, tapi kerana dek terpengaruh dengan macam-macam godaan diluar sana, kerana kurangnya keyakinan pada perubatan konvensional, sanggup gadai fungsi buah pinggang hanya kerana nak kacak bergaya.... kononnya boleh bagi badan sihat dan muda sentiasa...

Ambillah iktibar..😓😓 Bukan nak aibkan sesiapa, saya sedih kerana terpaksa mmberitahu yang anda akan hidup dengan dialisis seumur hidup jika kami dapati buah pinggang anda tak dapat diselamatkan lagi.. hancur luluh hati saya kerana terpaksa memberitahu perkara ini... Satu lagi mangsa keadaan!!! 😭😭😭

Jom kita sama-sama siap siaga diri dengan pengetahuan:


1. Betapa pentingnya fungsi buah pinggang untuk badan.


2. Betapa sukarnya hidup bila fungsi buah pinggang sudah teruk, dan betapa susahnya dialisis seumur hidup.


3. Betapa mudahnya fungsi organ ini menjadi mangsa keadaan atas kekhilafan diri- mengambil ubatan yang tidak diketahui kesannya hanya kerana kebaikan sementara yang dicanangkan penjual durjana!


Kawan-kawan, mari kita hentikan 'penyakit' ini....!!!!
Hentikan kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh ubat/produk tidak beretika dan bertauliah ini... kita kena TEGAS! sebelum ahli keluarga kita turut menjadi mangsa pada masa depan....

Tepuk dada tanya iman... Berimankah kita jika kita perjudikan buah pinggang kita.... 😎😎

#sayasayangpesakitsaya
#sayasayangbuahpinggangsaya
#GERAMdenganproduksampah

selamat berpuasa
Renung-renungkan dan selamat beramal!

Ulang siar entri Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya. 4.5 5 Unknown Wednesday, May 15, 2019 Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya. Oleh : Fadh Zakaria Post emotional sikit...... 😞😞 Nak kaca...


No comments:

Post a Comment