Ahli PAS Tidak akan Melangkah Mayat Karpal Singh

 On Thursday, April 17, 2014  


Ahli PAS Tidak Akan Melangkah Mayat Karpal Singh
FITNAH SMS PALSU TERSEBAR


SMS palsu Tersebar. Fitnah menfitnah sesama sendiri umpama bertepuk tampar dan ia sesuatu yang normal di Malaysia apabila berlaku sesuatu peristiwa. Kata-kata provokasi dan Karangan cerita dongeng oleh puak mentaliti kelas paling bawah biasanya sengaja mengambil kesempatan untuk huru harakan suasana di negara kita yang seadanya tidak beberapa bahagia.

Langkah Mayat
Siapa mau Langkah Mayat aku

Harap kepada semua ahli-ahli PAS dan sesiapa saja yang bijak pandai jangan terpedaya. Apakah bodoh golongan yang menyebarkan fitnah. Apa ke gila untuk melangkah langkah mayat sesama manusia yang dijadikan oleh pencipta yang sama, Allah maha Agung.

Apa yang tersebar terbukti adalah palsu. Fitnah. Gaya Menipu yang sangat bodoh. Namun rata-rata memperkatannya hingga berlakunya Kontroversi. Mujurlah ada pihak dari DPPP tampil dengan penafian dari DPPP. Meujukan penafian dari Suhaizan Kayat. Sumber: Nafi Langkah mayat.

Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan sms dan whatsapp kononnya ini merupakan arahan saya. Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda PAS Malaysia. Saya menafikan menghantar arahan seumpama itu dan mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Harap Maklum


Akal yang sihat pastinya memproses perkara bodoh sebegini dengan tenang sekali. Tidak perlu mencari siapa yang bersalah. Jauh sekali untuk tuuduh menuduh. Siapa punya kerja pasti ada pembalasannya. Sebab tidak berapa jelas. Bukti pula tiada. Tapi pada sesiapa yang lakukan fitnah sebagini mohon hentikanlah, banyakkan membaca quran atau menghadiri majlis ilmu. Provokasi murahan di saat orang sedang bersedih mengenang kematian tokoh politik berpengaruh di Malaysia amat memalukan jika diketahui umum. Memang tak boleh blah.

Ahli PAS Tidak akan Melangkah Mayat Karpal Singh

Ulang siar entri Ahli PAS Tidak Akan Melangkah Mayat Karpal Singh - SMS PALSU TERSEBAR - Mohon Alert! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Soz Cyili iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Ahli PAS Tidak akan Melangkah Mayat Karpal Singh 4.5 5 Unknown Thursday, April 17, 2014 Ahli PAS Tidak Akan Melangkah Mayat Karpal Singh FITNAH SMS PALSU TERSEBAR - Fitnah menfitnah sesama sendiri umpama bertepuk tampar dan ia sesuatu yang normal di Malaysia apabila berlaku sesuatu peristiwa. Ahli PAS Tidak Akan Melangkah Mayat Karpal Singh FITNAH SMS PALSU TERSEBAR SMS palsu Tersebar. Fitnah menfitnah sesama sendiri u...


No comments:

Post a Comment