Pasangan Melayu - Inggeris, Afham, Keith Cipta Sejarah Perkahwinan Gay Pertama Di Australia.
"Tahniah kepada Keith Edwards dan Afham Janil," demikian ucapan tahniah dari portal The NT News beberapa hari lepas yang melaporkan detik bersejarah pasangan GAY pertama di Australia yang melangsungkan perkahwinan mereka di negara itu.
Perkahwinan itu mendapat liputan meluas di negara itu kerana ia adalah perkahwinan GAY yang pertama dan pasangan itu mencipta sejarah.
Menurut laporan Northern Tettitory News, pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Darwin dan dihadiri oleh beberapa kenalan rapat pasangan tersebut.
Australia antara negara yang membenarkan perkahwinan sejenis, dan Afham dilaporkan adalah suami kepada Keith Edwards secara sah dan mengikut peruntukan undang-undang perkahwinan negara itu.
Bagaimanapun sejurus laporan mengenainya tersebar, Afham menghilangkan diri di laman sosial dengan menutup semua akaun media sosialnya menjadikan dirinya tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakan di Malaysia.
Menurut salah seorang jiran yang juga kenalan Afham, usaha menjejaki Afham untuk mendapatkan penjelasan mengenainya menemui jalan buntu apabila lelaki itu bertindak 'unfriend' dengan semua kenalannya dari Malaysia di Facebook.
Afham disifatkan sebagai seorang lelaki yang berperwatakan alim, sopan, baik dan bijak oleh kenalan terdekatnya.
Gambar-gambar perkahwinan
Dipercayai kecaman bertubi-tubi netizens terutamanya orang Islam di Malaysia menjadi punca Afham menghilangkan dirinya selepas tersebarnya berita perkahwinan bersejarah itu di Australia. - SoZPress.

Ulang siar entri Pasangan Melayu - Inggeris, Afham, Keith Cipta Sejarah Perkahwinan Gay Pertama Di Australia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment