Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri..

 On Monday, January 29, 2018  

Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri..

Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri..

Oleh : Rda Aurora

KEJAHILAN YANG MEMBUNUH

Tak tahu nak share macam mana kisah yang berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.

Tanggal 26/12/16 lahirlah seorang putera sulung yang dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.


Hari ke 2 dirumah.. nurse datang cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby tak berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby tak berak. Yang kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap-tiap malam. Tapi tetap tak berak.

Keesokan harinya terus ke klinik Lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lagi. Jadi ayah Furqan ditemani tokmi Furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dari bagi ubat berak yang masuk kot punggung tu. Terus dalam kereta baby berak penuh satu pampers.
Alhamdulillah. Lega ibu.

But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yang baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau tak silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.

Tambah-tambah bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar untuk jaundice Furqan. Tiap-tiap 3 hari mesti pergi ke klinik untuk cek bacaan jaundice.

 
Ramai yang suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari orang-orang tua yang katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yang suruh campur dengan susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk orang. Orang kata A kite pun A. Orang kata B kite pun B. Last yang jadi mangsa anak kecil yang baru buka mata melihat dunia.

As a mom.. for sure sampai sekarang aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yang jadi lepas aku bagi semua tu?

Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yang baru lahir hanya boleh hadam susu ibu sahaja. Tak boleh benda lain. Even formula milk pun kene yang betul-betul untuk new born. Kau tak boleh bagi yang bayi 6m++.

Usus Furqan luka disebabkan semua benda yang aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat untuk masukkan ke hospital. HRPZ.



Suami Whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap-siap semua baju-baju. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang tak boleh duduk. Just boleh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.

And as expected, semua yang aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dalam wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yang tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, Furqan tak nangis pun. Diam jer dia. Ibu tatap anak ibu dengan sebak. Tiba-tiba ternangis pulak. Semua penyesalan ade.

Diantara ibu-ibu dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan Furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Memang tak lah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis tak boleh dengar bunyi walaupun sikit. Mesti tak boleh tidur.

Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak boleh masuk time-time tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Macam-macam berlaku kat Furqan. Pengalaman pahit yang takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii..ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.

 
Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin tak beroperasi dengan baik. Aku pulak yang kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sangat. Menganggu baby-baby lain nak tdur.

2 kali tukar mesin tapi tak menjadi. Last-last nurse tu tolak syringe yang besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis tak bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tangan furqan. Aku hanya tidur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade doktor datang ambil Furqan tanpa bagitau aku sepatah.

Datang bagi balik dengan baju hijau hospital yang penuh darah. Sebelum tu aku dengar jer suara Furqan menangis kuat. Mungkin doktor tengah ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam-lebam. Aku ambil baju baby dalam almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad untuk bawa baby keluar.

Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah tak berak berdarah. Doktor pakar datang follow up hari-hari dah takde apa-apa masalah. Cuma diorang still nak ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda-ronda tengok baby yang jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yang sebilik dengan aku dah 3 bulan dalam hospital. Well.. dia lagi tabah kot. Huhu.

 
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jangan panik & cepat risau. Ikut cakap doktor. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning tak hilang.

Same goes dengan resdung ade ulat. No! Resdung takde ulat. Jangan mudah tertipu pergi sedut asap merata-rata.

And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.

Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut-ikut dengan cara yang boleh membahayakan baby kite.

P/s: Jangan pakai baju kuning nanti baby makin kuning. 

Ape kau ingat pakai baju hijau baby bertukar hijau. Mak kau hijau!!

Ulang siar entri Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri.. 4.5 5 Unknown Monday, January 29, 2018 Kejahilan Ibu Bapa Yang Bakal Membunuh Anak Sendiri.. Oleh : Rda Aurora KEJAHILAN YANG MEMBUNUH Tak tahu nak share macam mana kis...


No comments:

Post a Comment