Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf.

 On Monday, January 29, 2018  

Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf.

Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf.

Kenyataan Media

Oleh : Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN ) Kedah ingin merujuk kepada isu yang menular dalam media sosial yang mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa kesihatan yang cabut lari apabila penghuni rumah hendak memanggil suami beliau di Taman Sri Meranti Kubang Pasu pada 25 Januari 2018 adalah tidak TIDAK BENAR.

Pegawai Penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sedang menjalankan tugas dan tanggung jawab beliau dalam aktiviti kawalan dan pencegahan Demam Denggi di kawasan terbabit memandangkn terdapat kes Demam Denggi yang dilaporkan.

Anggota terbabit menjalankan tugas dengan mematuhi prosedur yang digariskan bagi pemeriksaan rumah terbabit. Pegawai berkenaan telah memperkenalkan diri, tempat bertugas, tujuan lawatan pemeriksaan serta memohon keizinan untuk memasuki rumah bagi tujuan pemeriksaan.



Walaubagaimanapun, penghuni rumah yang berada di dalam rumah pada kedudukan yang agak jauh daripada anggota tidak memberikan keizinan untuk anggota memasuki rumah disebabkan suami beliau tiada di rumah. 

Anggota terbabit mencatatkan maklumat tentang rumah terbabit bagi tujuan lawatan susulan. Beliau kemudiannya beredar ke lorong belakang rumah terbabit dan rumah yang lain bagi menjalankan pemeriksaan untuk mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik ataupun tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Setelah selesai menjalankan pemeriksaan, beliau kembali ke pejabat dan dimaklumkan oleh anggota lain tentang gambar beliau yang ditular dalam media sosial. Beliau kemudiannya membuat laporan polis atas perkara tersebut disebabkan oleh faktor keselamatan.

Pihak JKN Kedah sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah TIDAK BENAR. TIndakan yang dibuat oleh anggota yang terbabit mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi menjalankan tugasan yang diberikan kepada beliau.


Penyebaran maklumat yang tidak benar ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menjejaskan reputasi jabatan kerajaan dan boleh menganggu tugas penjawat awam disamping menjatuhkan imej anggota serta ahli keluarga.

Orang ramai disarankan agar mendapatkan penjelasan dan pengesahan terlebih dahulu daripada jabatan atau pejabat berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menular maklumat yang tidak betul atau palsu kepada umum.

Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
26 Januari 2018
11.10 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pengguna Facebook yang menyebarkan dakwaan tersebut bertindak memadamkan post berkenaan, mengakui kesalahan beliau dan memohon maaf atas tindakan beliau di laman sosial. - SoZPress.

Ulang siar entri Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf. 4.5 5 Unknown Monday, January 29, 2018 Buat Cerita Karut Untuk Fitnah Kakitangan Kesihatan, Wanita Akui Salah Dan Mohon Maaf. Kenyataan Media Oleh : Dato' Dr. Norhiza...


No comments:

Post a Comment