Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?

 On Sunday, February 3, 2019  

Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?

Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?

Oleh : Dr Nurilyani Bujang

KENAPA CAJ RAWATAN DI HOSPITAL MALAYSIA BERBEZA BEZA


Sebelum masuk hospital atau ke hospital membawa ahli keluarga, kita kena tahu perbezaan antara caj hospital hospital di Malaysia. Jadi tak lah terkejut bila bil hospital sampai.





1. HOSPITAL SWASTA
 

Hospital swasta banyak terdapat di Malaysia. Kalau anda sebut sahaja hospital swasta, maka ianya sinonim dengan perkataan mahal.

Bila tak ramai yang mampu, maka tak lah ramai sangat orang, jadi automatik tak perlu beratur panjang.

Segala harga konsultasi, ubat dan hospitaliti adalah apa yang anda bayar. Ramai yang ambil insurans untuk mendapat kemudahan ke hospital swasta ini.

2. HOSPITAL DAN FASILITI DI BAWAH KKM


Hospital ini memang paling murah la. Ini kerana kosnya di tanggung oleh kementerian melalui budget kesihatan.

Disebabkan murah, ramai orang, maka kena la beratur panjang.

3. HOSPITAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
 

Hospital begini adalah seperti PPUM, PPUKM dan juga HUSM. Ianya juga digelar teaching hospital.

Hospital ini bukanlah di bawah KKM, jadi jangan bandingkan bil hospital hospital ini dengan hospital besar macam HKL. Lazimnya hospital ini bilnya lebih tinggi berbanding hospital KKM tetapi tidaklah semahal hospital swasta.

4. HOSPITAL TENTERA
 

Hospital tentera ni ada di Terendak, Kuala Lumpur dan juga Lumut.

Hospital ini mempunyai kelengkapan untuk askar dan kemudahan untuk menghadapi bahaya yang askar kita mungkin hadapi ketika bertugas.

Orang awam boleh juga mendapatkan rawatan di hospital askar. Bayaran untuk orang awam mestilah tak sama dengan abang askar di situ.

Hospital ini dibawah seliaan Kementerian Pertahanan.

5. INSTITUT JANTUNG NEGARA
 

IJN adalah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Pengurusan IJN adalah tidak sama dengan KKM.

Jika anda walk in ke IJN, anda dianggap private patient, maka segala caj adalah seperti yang termaktub sebagai private patient. Anda boleh juga menggunakan insuran di sini.

Hanya pesakit yang dihantar ke IJN melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat caj seperti KKM.

Suka juga saya ingatkan bahawa, semua fasiliti di bawah Kerajaan Malaysia, mempunyai badan kebajikan.

Maka sekiranya bil hospital itu dirasakan terlalu berat, bolehlah bawa berbincang.

Jadi, sebelum nak post sesuatu dengan niat nak viral mengenai caj hospital KKM yang kengkononnya dah naik harga, kena fikir dulu.

Tak pasal pasal malu sendiri sebab hospital tu bukan bawah KKM pun.

Ini juga bukan post politik, hanya sekadar share apa yang orang ramai selalu salah faham.

Ulang siar entri Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza? 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2019 Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza? Oleh : Dr Nurilyani Bujang KENAPA CAJ RAWATAN DI HOSPITAL MALAYSIA BERBEZA BEZA Se...


No comments:

Post a Comment