STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah..

 On Saturday, April 27, 2019  

STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah..

STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah..

SOSMED | Sejak semalam kerajaan dikecam kerana dianggap berperanan membubarkan beberapa skuad elit dalam PDRM.

Skuad elit tersebut adalah;

i) STAFOC
ii) STAGG
iii) STINGS

Kenyataan dibawah juga menjadi tular disana sini;

Susulan pembubatan STAFOC, Pasukan khas di bawah PDRM, saya ingin memetik komen seorang awam yang selari dengan kekhuatiran saya:
 

Stafoc PDRM dibubar. Singkatan Stafoc ialah Special Taskforce On Special Organise Crime.

1. Gara-gara politik orang atasan keselamatan negara diabaikan.

2. Tersungkurnya salah satu daripada pasukan elit PDRM yang menjadi duri kepada kumpulan Jenayah terancang.

3.  Setiap tahun, beratus juta dapat dirampas daripada kump."Organise Crime" ini. Ramai yang tidak tahu jasa unit kecil ini kepada negara.

4. Bersoraklah penjenayah bila lumpuhnya kumpulan elit Pdrm yang amat terlatih ini. Ramai penjenayah yang telah makan peluru Stafoc.

5. Nasihat saya kepada pemimpin negara dan kerajaan jangan memperjudikan nasib negara semata-mata desakan politik. Kononnya wujud pertindihan kerja bila Stafoc di tubuhkan.

Haji Ahmad Amzad Hashim,
kata kenyataan yang viral di laman sosial itu.

Serentak dengan itu, kerajaan kemudiannya dikecam bertubi-tubi malahan ramai yang beranggapan kerajaan cuba melindungi penjenayah.

Tak kurang juga ada yang cuba mengaitkan ia dengan DAP. Kata netizens ia memudahkan DAP untuk membuat jenayah dan mengutuk pengundi Pakatan Harapan 😅😅😅 kerana memangkah parti itu pada pilihanraya yang lalu. 




Apakah benar sangkaan-sangkaan jahat netizens itu? Apa kata kita membaca dulu ulasan wartawan yang seringkali melaporkan hal-hal jenayah dalam negara;

SYAHRIL A. KADIR | STAFOC, STAGG DAN STINGS DIBUBARKAN...IZINKAN ABAM BERBEZA PENDAPAT.

Ramai yang marah dan tak puas hati bila Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (STAGG) serta Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) hendak dibubarkan.




Macam-macam alasan dan sumpah seranah yang netizen berikan.

Sebagai wartawan jenayah, abam pun kena 'tempiasnya' apabila ramai minta abam 'jump on the bandwagon' untuk hentam keputusan tersebut.

Beginilah, abam tak boleh hipokrit. Maafkan abam kerana abam terpaksa berterus terang. Tak kisahlah nak label abam apapun, tetapi kalau tanya abam, yes, abam rasa ada wajarnya pasukan2 ini dibubarkan!

Sebelum pergi lebih jauh, abam nak tegaskan di sini bukannya abam tak hargai peranan dan kehebatan pasukan ini, tetapi bagi abam unit sedia ada dalam PDRM pun dah lebih daripada mampu untuk menangani kes-kes jenayah besar ini, tak perlu terlalu banyak 'pasukan khas dan pasukan elit'.

PDRM sendiri dah ada dua unit elit iaitu Komando Vat 69 dan Unit Tindak Khas (UTK) yang memang dilatih setengah mati untuk operasi-operasi besar sebegini, nak wujudkan mcm-mcm unit elit lagi nak buat apa?

Pepatah Inggeris ada mengatakan - TOO MANY COOKS SPOIL THE SOUP!

Lebih 200 tahun wujud PDRM dan beribu penjenayah hardcore ditembak mati atau ditangkap sebelum ini, elok je komunis kena cekup, Botak Chin kena tangkap, Kalimuthu kena tembak, penculik Jail Pudu ditumpaskan...masa tu belum wujud pun segala STAFOC, STING, STAGG semua ni tau.

Dan yang paling wajar kenapa pasukan-pasukan ini perlu dibubarkan adalah, peranan mereka ni kow-kow bertindih dengan unit-unit lain yang memang dah sedia wujud dalam PDRM.

STAGG menjalankan fungsi yang sama dengan D7A (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) dan D7C (Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran), STING pula menjalankan peranan yang sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman manakala STAFOC pula didapati sama dengan D9 (Bahagian Siasatan Jenayah Berat). Nampak tak?

Sebagai wartawan jenayah, abam punya ramai kenalan pegawai dan anggota daripada unit-unit di atas, mereka adakalanya pun pening kerana nama unit je lain-lain tetapi buat kerja yang sama juga akhirnya.

Itu belum masuk kes lembu punya susu sapi dapat nama. Bab ni abam malas nak ulas lanjutlah, tau sama tau udahler.

Kena ingat, walaupun dah bubar, bukan bermakna mereka hilang kerja. Mereka tetap warga PDRM cuma akan ditempatkan semula di unit-unit lain. Lagipun ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh tak mungkin sia-sia, pasti ia boleh digunakan di tempat mana mereka bertugas selepas ini.

Kesimpulannya abam menyokong penuh keputusan membubarkan STAGG, STING dan STAFOC. Cukuplah dengan memperkasakan unit-unit yang sedia ada. Buat pegawai dan anggota unit yang dibubarkan ini, tak perlu terlalu sedih atau down. Kami semua terhutang budi dengan jasa yang telah tuan- tuan berikan selama ini.

Dan kami lebih percaya, ular menyusur akar tak mungkin hilang bisa- bisanya

Steady Sang Saka Biru! - 27 April 2019.

Ulang siar entri STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah.. 4.5 5 Unknown Saturday, April 27, 2019 STAFOC, STAGG & STINGS Dibubarkan, DAP & Pengundi PH Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah.. SOSMED | Sejak semalam kerajaan dike...


Related Post:

  • Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. Oleh : Dr Rushdan Noor (Medical Mythbusters Malaysia) JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN DEMAM CAMPAK Bila sebut demam campak, ramai akan mendakwa pernah mengalaminya dan pada pandangan umum ianya satu jangkitan v… Read More
  • Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. Oleh : Dr. Rushdan Noor (Medical  Mythbusters Malaysia)  ANAK-ANAK TIDAK MEMERLUKAN SUPLEMEN MINDA Kaedah terbaik untuk memastikan badan dan otak anak-anak anda berkembang dengan baik adala… Read More
  • Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah TERAPI LAMPU LIPLAP Saje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap. Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan puli… Read More
  • Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan? Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan? Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah BOLEHKAH KENCING MANIS SEMBUH? Sudah banyak kali para pakar menegaskan bahawa setakat ini dan sehingga kini penyakit kencing manis belum dapat disembuhkan. Ubatan dan gay… Read More
  • Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. Oleh : Dr Rushdan Noor  JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak… Read More

No comments:

Post a Comment