Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan..

 On Monday, August 26, 2019  

Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan..

Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan..

Oleh : Ismail Amsyar

Ini ialah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang pernah bergelar wartawan.

Susulan perkembangan industri media tanah air yang terbaru, melibatkan syarikat media Utusan, saya melihat begitu banyak komentar di laman media sosial yang seolah-olah meraikan khabar berita tersebut.


Bagi mereka, apa yang berlaku ke atas Utusan dilihat seakan berbaloi dengan dendam serta kebencian mereka selama ini.

Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan... Apa yang masyarakat gagal untuk fahami ialah peranan media dan wartawan di dalam sebuah masyarakat itu.

Mereka juga gagal untuk memahami kekangan yang dihadapi oleh setiap wartawan dalam tugasan mereka, membuat liputan dan menghasilkan sebuah penulisan, sebuah bakat yang bukan sahaja tidak dihargai malah dihina di negara ini.

Perlu kita faham. Wartawan atau media berperanan sebagai “watchdog” atau pemerhati kepada Kerajaan serta sebagai pengimbang di dalam sesebuah masyarakat atau negara.

Bukan niat kami wartawan untuk mencari salah sesiapa tetapi adalah peranan kami untuk menunjukkan kepada pihak-pihak berkepentingan masalah yang berlaku, atau mengetengahkan isu-isu yang gagal mendapat perhatian tidak kira apa pun sebabnya.

Wartawan berkhidmat untuk rakyat dan berperanan sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan serta pihak berkuasa yang lain. Pandangan peribadi saya, dari dulu sehingga kini, mengatakan bahawa semua media tidak sepatutnya dipegang oleh mana-mana parti atau orang politik.
Kita berbicara tentang kebebasan media dan kebebasan bersuara. Maka tiba masanya kita “bebaskan” media-media tanah air dan berikan peluang kepada mereka untuk mengambil semula peranan sebagai mata dan telinga Kerajaan serta pihak berkuasa yang lain.

Kewartawanan adalah satu budaya dan seni yang mencabar minda masyarakat, yang membawa masyarakat dan Kerajaan ke meja perbincangan dan mampu mengangkat ketamadunan sesebuah masyarakat itu.

Ulang siar entri Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. 4.5 5 Unknown Monday, August 26, 2019 Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. Oleh : Ismail Amsyar Ini ialah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang pernah bergelar...


No comments:

Post a Comment