Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang..

 On Sunday, August 25, 2019  

Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang..

Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang..

Oleh : Hanis Hafisah

Tahukah anda, pada awal tahun 2019, UK telah mengeluarkan satu dokumentari yang mengejutkan mengenai Michael Jackson bertajuk "Leaving Neverland". Ini bukan dokumentari biasa mengenai kisah muzik beliau tetapi adalah satu pendedahan oleh Wade Johnson dan James Safechucks yang mengakui mereka telah didera secara seksual ketika mereka kanak-kanak oleh Michael Jackson.


Sudah tentulah dokumentari ini dikecam hebat oleh peminat MJ, dan pihak produksi juga disaman oleh pihak keluarga MJ kerana mereka menafikan tuduhan ini.

Disebabkan sekarang tengah hangat dengan kisah Nur Fitri Azmeer Nordin, paedofilia yang dahulunya ditangkap di UK tetapi sekarang bebas berada di Malaysia. Dan semalam terbaca tweets dari kenalan rapat Nur Fitri menyokong dia disebabkan kelakuan baik dia sepanjang berkawan dan mengatakan koleksi pornografi kanak-kanak kategori A yang dimiliki dia adalah jenayah ringan dan sama sahaja seperti mereka yang menonton pronografi dewasa. Kata mereka lagi, sekurang-kurangnya dia tidak melakukan jenayah seksual dengan mana-mana kanak-kanak.

Tarik nafas dalam-dalam bila baca penyataan sebegitu. Haih.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Nafsu kepada kanak-kanak adalah abnormal. Naluri nafsu sebegini bukannya mudah boleh ditukar atau ditutup atau diturn off semudah petik jari. Setiap mangsa akan mengalami trauma sepanjang hayat. Trauma ini tak akan boleh dilupakan begitu saja. Jikalau pun mangsa terlupa, satu hari nanti pasti akan teringat balik atau akan ada ciri-ciri seorang mangsa yang trauma walaupun dia tidak sedar. Impaknya sangat besar untuk seseorang menjalani kehidupan. Benda macam ni bukan boleh bawak main.

Adalah kebiasaan seorang paedofilia untuk mewujudkan peluang di kalangan komuniti terutama berdekatan dengan kanak-kanak untuk mencari mangsa. Kau ingat mereka ni bodoh? Tentulah mereka dah ada plan yang super teliti.

Wujudkan peluang dengan menjadi seorang yang dipercayai, dihormati, baik di kalangan komuniti. Kalau tak macam mana nak mendekati anak orang? Mak bapak mestilah lebih membenarkan orang yang kelakuan baik untuk mendekati anak mereka.

Contoh kes paedofilia yang terdekat ialah kes Richard Huckle, seorang sukarelawan dan fotografer rakyat British yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak di negara-negara Asia termasuklah Malaysia.
Dia ditangkap pada 2014, dan berada di Malaysia pada 2005-2006 dan pindah jadi penduduk tetap pada 2010. Dia menjadi sukarelawan di tempat komuniti, gereja, yang banyak melibatkan kanak-kanak. Mangsa kes ini disyaki lebih 200 orang.

Tahu apa yang dikatakan orang-orang komuniti yang mengenali beliau ketika beliau ditangkap? Semuanya terkejut kerana tak sangka. Dan paling sedih ramai yang tak mahu mengakui ataupun tampil kehadapan. Kebanyakannya pejam mata.

"Baik budaknya. Selalu tersenyum,rajin menolong," beginilah lebih kurang petikan kata-kata orang yang kenal dia. Kau carilah sendiri artikel mana. Banyak sangat.

Ada satu ayat Richard Huckle yang buatkan kita semua rasa geram apabila dia mengatakan;

"If I were to transfer my skills learned from India and tried to use them in the West, I wouldn’t last a month before I found myself in a cell; my freedom relies on the hush mentality of the locals on this kind of thing,”

Ya, kau nampak tak? selagi mentaliti orang kita masih tidak merasakan ini bukan satu ancaman selagi itu, paedofilia-paedofilia di luar sana akan memburu anak-anak kita.

Ulang siar entri Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. 4.5 5 Unknown Sunday, August 25, 2019 Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. Oleh : Hanis Hafisah Tahukah anda, pada awal tahun 2019, UK telah mengeluarkan satu d...


No comments:

Post a Comment