Jangan Seru LGBTQ Menipu Untuk Derma Darah, Dr Amalina Nasihat Model Alicia Amin.
Model terkenal negara, Alicia Amin dikecam netizens berikutan beranggapan golongan LGBTQ 'boleh je menipu' jika berniat mahu menderma darah.
Ia bermula apabila Alicia Amin bertindak membalas kicauan dari Ir. Khairil Nizam mengenai larangan menderma darah yang dikenakan terhadap golongan LGBTQ.
Untuk rekod, Ir Khairil Nizam ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
"Golongan LGBT tidak layak menderma darah. Maknanya apa?," tulis Ir Khairil Nizam sambil berkongsikan dua gambar.
Gambar tersebut merujuk kepada protokol penderma darah yang layak haruslah bebas dari kegiatan;
👉 Hubungan sejenis (homoseksual)
👉 Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual)
👉 Hubungan jenis dengan berbagai pasangan atau pekerja seks komersil
👉 Penyalahgunaan darah secara suntikan
👉 Menjadi pasangan kepada golongan di atas
"Hujah nombor ketiga juga bermaksud jika anda melakukan seks dengan beberapa pasangan berlainan, hospital ataupun bank darah secara amnya hanya menerima darah yang didermakan dari individu yang tidur dengan satu pasangan sepanjang mereka hidup ataupun masih dara.
Saya tak mampu nak berasa marah sekalipun, semoga berjayalah mencari penderma darah yang jujur," balas Alicia di atas kicauan itu kemudiannya.
Alicia juga seterusnya berkata bagi golongan LGBTQ jika mahu menderma darah, mereka sebenarnya boleh sahaja menipu kerana pihak hospital akan tetap menyaring setiap darah penderma-penderma mereka.
"Sejujurnya, kalau korang golongan homoseksual ataupun mengamalkan seks bebas, jika nak menderma darah, boleh je menipu mengenai kehidupan seks dan seksualiti masing-masing kan apatah lagi petugas keselamatan (hospital) akan menyaring setiap darah yang diterima.
Proses 'penyingkiran' di borang ini wujud pun sebab proses saringan (darah) mahal," tulis Alicia Amin.
"Tiada apa-apa yang salah pun pada golongan homoseksual ataupun pengamal seks rambang. Teknikalnya, jika anda mempunyai pasangan (seks) baru, anda boleh dianggap memberikan 'risiko tinggi'.
Malahan yang bertatoo pun dilarang mendermakan darah jika tatoo berusia kurang dari lima tahun, saya rasa. Itulah selama mana HIV boleh menjadi tidak aktif," katanya lagi.
Alicia kemudiannya menjadi sasaran kritikan netizens kerana dianggap menyeru LGBTQ melakukan penipuan bagi membolehkan golongan itu mendermakan darah masing-masing.
Alicia bagaimanapun menafikan serangan itu dengan membalasnya, "Saya ingin jelaskan kicauan pertama saya tadinya tu. Saya tak pernah kata anda patut, saya hanya berkata, anda boleh. Sebab itu diakhir kicauan, saya menyeru jadilah penderma yang bertanggungjawab.
Janganlah marahkan saya kerana proses penyingkiran penderma darah di dalam borang hanyalah senarai soalan. Saya bukanlah pembuat polisi," tulisnya bagi menjawab kemarahan beberapa netizens yang mempertikaikan kicauannya sebelum ini.
Dr. Amalina yang ditandakan ke atas kicauan itu turut tampil menyeru dan menasihati agar golongan LGBTQ tidak melakukan penipuan di atas borang saringan penderma yang layak.
"Saya telah ditandakan ke atas kicauan ini. Saya ingin menjelaskan sebagai pengamal perubatan dan sebagai manusia, saya tidak mempunyai sebarang prejudis kepada komuniti LGBTQ. Mereka ialah rakan sekerja saya, mereka ialah kawan baik saya dan mereka adalah pesakit saya," tulis Amalina memulakan bicara.
"Saya layan semua seadilnya tanpa mengira apa pun kepercayaan dan latar belakang mereka. Bagaimanapun, saya juga ingin menjelaskan bahawanya anda tidak sepatutnya menipu sejarah kesihatan anda kerana ia berisiko mengancam nyawa orang lain (masyarakat secara amnya), peraturan (larangan LGBTQ menderma darah) tersebut berada disitu untuk melindungi dan bukannya diniatkan untuk melakukan diskriminasi," tulis Dr. Amalina.
"Peraturan terkini di United Kingdom menyatakan MSM (Men Sex Men) yang tidak bersama dengan mana-mana lelaki selama lebih dari 3 bulan dibenarkan untuk menderma darah, berserta dengan beberapa peraturan tambahan lain yang diperlukan bagi membolehkan menderma darah," jelas Dr. Amalina lagi.
Dr. Amalina juga menjelaskan sebelum tahun 2011, golongan LGBTQ sama sekali tidak dibenarkan menderma darah bagaimanapun peraturan itu berubah kepada tempoh 12 bulan tidak bersama-sama dengan mana-mana lelaki dan seterusnya 3 bulan lebih tidak bersama-sama dengan mana-mana lelaki.
Peraturan terbaru itu katanya Dr. Amalina lagi, dibuat pada tahun 2017 selepas kajian dilakukan.
Ketika ini isu LGBTQ menjadi sensasi di Malaysia berikutan Marina Mahathir menyeru golongan LGBTQ tidak dilayan secara diskriminasi di Malaysia dengan menafikan hak untuk belajar, bekerja dan mendapatkan rawatan. - SoZPress.

Ulang siar entri Jangan Seru LGBTQ Menipu Untuk Derma Darah, Dr Amalina Nasihat Model Alicia Amin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment