Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal..

 On Wednesday, August 8, 2018  

Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal..

Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal..

Untuk wanita-wanita yang mengidam sangat nak jadi putih melepak kononnya putih adalah lambang kecantikan seseorang wanita, dipersilakan baca pengalaman yang dicoretkan oleh Wa Ell.

Wa Ell disahkan rosak di buah pinggang berikutan makan terlalu banyak supplement dan mencucuk vitamin C di tubuh badannya dalam mengecapi impian untuk menjadi cantik dan putih berseri-seri.

Dan kisah ini sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran untuk wanita-wanita di luar sana. Bukan tak boleh nak jadi cantik, tapi tolong guna cara yang selamat dan disahkan tiada risiko kesihatan ke atas tubuh badan anda.

Bacalah apa yang menimpa Wa Ell dibawah ini;
 
"Salam semua, hari ni baru aku nak bukak cerita pasai aku punya kes last year sebelum nak raya lagi dua minggu aku masok hospital KPJ, pasai apa ampa nak tau?.

Gambar - Wa Ell
Tuh la orang kata nak cantek punya pasai sampai sanggup memudaratkan diri sendiri. Pendek cerita macam ni la, hat mana nak lawa nak puteh gebu gebas flawless bagai tuh tak payah la pi injection vitamin c pala bapak pa semua tuh mengaqot weh.

Semua side effect dalaman habis rosak buah pinggang, aku ni bukan kes rosak buah pinggang ni kes dah mati dah buah pinggang aku memang 100% kena buang disahkan oleh doktor. Mula tuh aku ada ketumbuhan kat pundi kencing, aku pi klinik kawasan kat Desa Wawasan, Bukit Mertajam, aku pi check dulu.

Mula tuh dia tak pasti. Dia ingat aku ada cyst tapi bukan bledder cyst, tah pa kejadah tumbuh kat pundi kencing aku semua sebab akibat pemakanan supplement tak tehawan aku ambik dulu. Punya nak cantek aku pon makan la collagen nak puteh la apa la last kali nahhh amik hang dok la hospital seminggu sakit pon dapat. Mengelupoq dalam hospital tak boleh nak lena punya dok tahan sakit sampai qeyau suruh nurse cucuk bagi ubat tahan sakit ampa tau dak. Aku memang rasa serik ya amat dah time tuh.

Gambar - Wa Ell
Operations pi dah ketumbuhan kat pundi kencing tuh, kena pi 12k sekali operations 😭 ampa tengak nak cantek modai tak sampai 12k, sekali sakit nahhh Allah tarik habeh nikmat aku 12k aku bayaq bil hospital kat KPJ 😂.

Ini pengajaran buat aku la nak lawa sangat kan tanggunglah akibat. Pastuh doktor cakap kat aku buah pinggang aku dah mati kena operation buang tapi buang sebelum kahwin sebab takot side effects kot lain plak. Takut merebak kuman. Kampoi duit plak nak operations ni 😭 . 

Tuh la orang kata nak lawa sampai memudaratkan diri sendiri buat apa? Biaqlah kulit hitam pun takpa aih asalkan hati tuh jangan hitam sudah la weyh. 

Sebab benda ni dah jadi kat aku so aku nak ampa alert la bend-benda macam ni. Jangan sampai kesihatan ampa terjejas. Ampa tengok aku muda-muda lagi tak kahwin pergi pun dah macam-macam penyakit dok mai. 

Orang nampak luaran kita nampak sehat tapi hakikat dia dalaman kita taktau pasai tak nampak, seumur hidop aku tak pernah pi check dalaman aku kat hospital, bila rasa sakit baru terjah pi hospital buat CT scan semua dapatlah result 😭. 

Aku cuma nak pesanlah, pompuan hat kat luaq tuh tak payah nak lawa sangat lah kalau makan ubat nak bagi putih semua tuh leh merosakkan buah pinggang ampa dengan injection pa kejadah tuh bukan lulus KKM pon sebenarnya. Tuh ja aku nak share cerita aku. Derita weyh . Sedih 😭," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada 4 Ogos yang lalu. - SoZPress.

Ulang siar entri Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal.. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 8, 2018 Buah Pinggang Rosak Gara-Gara Nak Jadi Putih Dan Cantik Punya Pasal.. Untuk wanita-wanita yang mengidam sangat nak jadi putih melepak k...


No comments:

Post a Comment