Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit..

 On Tuesday, May 28, 2019  

Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit..

Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit..

Oleh : Nurilyani Bujang

Berdengkur bukan tanda sayang, bukan tanda kuat kerja, bukan tanda setia. Tapi tanda penyakit.

 

 
Penyakit dengkur kuat ni namanya Obstructive Sleep Apnoea. (OSA)

Siapakah yang berisiko untuk dapat OSA?;


1. Berdengkur kuat
2. Lelaki
3. Obese BMI > 35
4. Hypertension
5. Ukur lilit leher lebih 40cm
6. Umur >50 tahun
7. Selalu letih
8. Nafas tersekat sekat sewaktu tidur


Sesiapa yang ada 3 atau lebih dari risiko di atas adalah berisiko tinggi untuk ada penyakit OSA.

Dalam jangkamasa panjang, mereka yang ada OSA ini boleh dapat komplikasi;


1.paru paru yang dipanggil pulmonary hypertension


2. Lemah jantung (heart failure)


3. Darah yang sangat pekat (polycythemia)


4. Risiko darah beku yang tinggi (DVT dan pulmonary embolus)


5. Kesukaran dan masalah ketika dibius.


Jadi, jangan kata lagi berdengkur itu tanda sayang la... Ini semua merepek.

Apa yang perlu buat?;


1. Pastikan berat badan ideal. Jangan obes. Orang obes memang banyak lemak terkumpul di leher dan tekak. Maka, risiko dengkur tinggi.


2. Kawal tekanan darah tinggi


3. Amalkan gaya hidup sihat


4. Kalau ada risiko risiko di atas, jumpa doktor untuk penilaian lanjut.

Ulang siar entri Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit.. 4.5 5 Unknown Tuesday, May 28, 2019 Berdengkur Sebenarnya Tanda Penyakit.. Oleh : Nurilyani Bujang Berdengkur bukan tanda sayang, bukan tanda kuat kerja, bukan tanda set...


No comments:

Post a Comment