Keluarga Kecewa Anak Diaibkan 'Sebagai Burger' Di Facebook, Guru Akhirnya Minta Maaf.
Seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Kush KZ di akaun Facebooknya menjadi sensasi sekelip mata apabila salah satu pos di media sosialnya dikecam netizens gara-gara dianggap mengaibkan anak muridnya.
"Pagi tadi saya masuk kelas ganti, saya tanya murid perempuan ini sebab dia tak datang sekolah 10 hari ada tak sesiapa buli awak kat sekolah? Dia jawab tak ada. Saya tanya lagi, ada tak yang ejek awak. Dia cakap ada.
Saya tanya siapa? Dia bagitahu Aniq. Jadi saya panggil Aniq. Saya tanya murid perempuan tu apa yang Aniq ejek awak. Dia cakap saya BURGER! Saya tahan ketawa lagi.
Lepas tu Aniq pun bagitau budak perempuan tu pun ada ejek dia. Saya tanya pada murid perempuan tu apa yang awak ejek dia. Dengan selamber dia cakap BURGER HANGUS! Adoiiiii saya terus tergelak besar sebab tak tahan dgn ejekan mereka berdua 🤣 🤣 🤣.
Sabor jerlah kan. Bebudak ni kaitkan saiz badan dengan burger 😅. Saya pun suruh mereka bermaafan sesama mereka. Serius kalau saya tengok gambar ni memang akan ketawa sendiri," tulis cikgu Kush KZ di Facebooknya pada selasa.
Niat untuk memberikan pengajaran yang cuba disampaikan oleh cikgu tersebut bagaimanapun tidak menjadi apabila pos tersebut sebaliknya menerima kecaman netizens bertubi-tubi.
Ini disebabkan pos itu dianggap mengaibkan kedua-dua anak muridnya kerana menceritakan ejekan burger kepada lebih ramai pihak lagi sehingga mendatangkan kesan yang lebih buruk.
Menurut ahli keluarga salah seorang murid yang terlibat, anak murid yang bernama Aniq kini menjadi bahan jenaka bahkan diketahui oleh satu taman perumahan dikawasan mereka tinggal kini.
"Saya selaku family Aniq agak terkilan dengan posting ini.
Saya rasa ini bukan bahan lawak jenaka untuk dipertontonkan. Lagi-lagi muka terpampam dalam ini. Aniq sendiri dah rasa malu sampai menangis petang ini. Satu taman ok.
Dok gelakkan dia sampai dia terpinggir. Balik mengadu dengan saya. Dia tak pernah minta lahir hangus gemuk macam tu. Dan dia ejek budak tu pun sebab orang dok ejek fizikal dan warna kulit dia.
Jadi saya rasa sebagai seorg guru yg berdedikasi tidak wajar lakukan posting ini dengan gambar macam ni..tengok brpa rtus komen..aniq dah jadi bahan gelak.
Yang gelak tu semua juga adalah ibu bapa. Kalau kena pada anak sendiri confirm korang juga akan naik angin. Budak tu orang tak gelak sangat sebab kulit cerah. Aniq baru kehilangan bapa, bila mak Aniq sendiri tengak posting ini, dia menangis. Seolah-olah hina sangat anak dia berfizikal macam itu.
Telefon pintar bukan boleh sebarangan buat posting dengan paparkan wajah seperti ini. Kalau betol Aniq buat salah, tanya dia nombor telefon parent. Panggil parent secara face to face dan bukan ini caranya. Bagi cikgu ini mugkin hal budak-budak, tapi tidak pada ibu Aniq.
Sepatutnya hal macam ini tidak sepatutnya berlaku. Bukan semua benda boleh viral. Jaga-jaga dalam posting. Sekian," tulisnya dalam jawapan balas itu.
Cikgu Kush kemudiannya bertindak memadamkan pos tersebut selepas lebih ramai pihak yang tampil dan mengecamnya di ruangan komen.
Cikgu Kush juga akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang terjadi.
"Alhamdulillah ramai yang beri sokongan terhadap saya tentang isu burger semalam dan segelintir yang mengecam maki hamun saya di alam maya. Saya terimanya dengan hati terbuka. Saya minta maaf atas apa yang telah berlaku. Saya anggap ia satu cabaran dan dugaan.
Kepada yang batu api, yang tuduh saya macam-macam, yang tak tahu cerita sebenar dan menyebarkannya, saya ucapkan terima kasih banyak. Tapi rasa-rasanya awak patut tak minta maaf jugak dengan saya? Saya tak sangka ada jugak yang pm saya maki saya macam-macam. Boleh jer saya share kan kata-kata azimat 'neraka' mereka yang rasa sangat tinggi ilmunya.
Tapi takperlah, biar saya jer yang tahu apa yang mereka pm kepada saya.
Saya tetap dengan kehidupan saya. Happy dengan kerjaya dan anak-anak didik serta rakan-rakan cikgu saya. Kerana mereka mengenali siapa diri saya😘
Salam ikhlas daripada saya," tulisnya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tidak semuanya menerima permohonan maaf tersebut. Masih terdapat netizens yang tetap mengkritik tindakan cikgu tersebut malahan ada pihak yang mendorong campurtangan Kementerian Pendidikan dan mahu ahli keluarga menyaman cikgu yang terbabit. - SoZPress.

Ulang siar entri Keluarga Kecewa Anak Diaibkan 'Sebagai Burger' Di Facebook, Guru Akhirnya Minta Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment