Ini Jawapan Untuk Teori Konspirasi HAARP - "Kalau Nak Tahu Pasal Sains, Jangan Rujuk Ustaz Auni!".
Oleh : Zamir Mohyedin
Baru-baru ini, ada orang sebarkan konspirasi tentang HAARP. Bila aku baca, banyak sangat hal disebutkan bercanggah dengan hukum fizik. Juga, banyak benda tak betul yang disebarkan. Ini adalah #bebenang untuk menyanggah konspirasi tersebut.
HAARP adalah nama singkatan bagi 'High Frequency Active Auroral Research Program'. Ia adalah sebuah program penyelidikan yang didanai oleh U.S Air Force, U.S Navy, University of Alaska Fairbanks & Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
Matlamat utama dalam program ini adalah untuk analisis lapisan ionosphere dan kaji kemampuan ionosphere untuk majukan teknologi komunikasi dan pengawasan. Mereka gunakan peralatan yang dipanggil Ionospheric Research Instrument (IRI). Peralatan ini siap pada tahun 2007.
Lapisan ionosphere ini teletak di lapisan thermosphere dan sebahagiannya terdapat pada mesophere dan exosphere. Lapisan ionosphere ini, HAARP nak manfaatkan sebab ada banyak zarah pengionan (ionization) di kawasan tersebut.
Antara penyelidikan yang HAARP jalankan adalah untuk meningkatkan teknologi komunikasi, kajian melibatkan satelit, serta meningkatkan pengawasan tentang kehadiran objek-objek angkasa seperti komet, asteroid dan meteor.
Program ini pada awalnya memang dirahsiakan. Ini merupakan kesilapan HAARP sendiri sampaikan sejak tahun 90-an lagi HAARP telah dituduh dengan pelbagai bencana dan penyakit. Keganasan, penumpahan darah, kemalangan, sakit gigi dan mimpi buruk semua ramai yang salahkan HAARP.
Disebabkan fitnah yang tak berkesudahan itu, HAARP telah membuka fasilitinya sendiri setiap tahun untuk dilawat sejak tahun 2016. Jadi, kalau ada yang rasa ragu-ragu, datanglah sendiri tengok. Tahun ini pun ada buka.
Okey, sekarang aku nak nyatakan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam Twitter yang sebarkan konspirasi ini.
1. Tweet itu kata, HAARP mampu hasilkan bencana seperti taufan, gempa bumi dan banji dengan memantulkan gelombang HAARP dari lapisan ionosphere.
Aku nak jelaskan, gelombang ini ada dua jenis iaitu;
i) Gelombang mekanikal seperti gelombang tsunami dan gelombang bunyi.
ii) Gelombang elktromagnet seperti gelombang radio paling lemah sampailah gelombang gamma yang paling kuat.
Dalam Tweet itu menyatakan gelombang HAARP menggunakan gelombang radio yang kekuatannya mampu mencecah 300MHz. Ia, ini betul. Tapi kalau korang nak tahu, gelombang radio ini paling lemah dan paling hancing. Tak mampu pun buat helaian kertas terbang walaupun ia mampu cecah 700GHz!.
Jadi, macam mana gelombang radio yang tak mampu buatkan helaian kertas ini dapat hasilkan gempa dan tsunami? Tenaga gelombang radio cuma sekitar 1.24 micro eV saja. Sangat-sangat kecil!
Untuk pengetahuan semua juga, teknologi telefon, internet, Astro, video dan apa saja bentuk siaran dan telekomunikasi semuanya menggunakan teknologi gelombang radio. Kau bayangkanlah, gelombang radio ini hari-hari berlanggar dengan kita, takkanlah hari-hari hangpa kena gempa.
Dalam gambar ini, gelombang radio adalah yang paling lemah dalam spektrum elektromagnetik. Even, pada tahap frekuensi dia yang paling tinggi pun tak mampu memberikan apa-apa kesan pada manusia. Gelombang gamma adalah paling kuat, tapi ia pun tak mampu terbangkan sehelai kertas!
Gelombang UV sampailah ke gelombang gamma adalah sangat berbahaya, bukan kerana impaknya. Tetapi kerana gelombang ini mempunyai tahap pengionan yang tinggi. Walaupun gelombang gamma tak dapat terbangkan sehelai kertas, kalau sekali kena gelombang ini, ia dapat membunuh manusia.
2. Kemudian, Tweet itu ada kata gelombang radio dapat kawal cuaca dan bentuk awan. Aduh, sains sekolah rendah, awan terbentuk bukan sebab gelombang. Tetapi sebab penyejatan air laut dan pemeluwapan.
Tak dinafikan memang sedang dibangunkan teknologi pembenihan awan, tetapi masih belum efisyen dapat bentuk awan. Itu pun bukannya guna gelombang. Gelombang radio ini kau pusing tara mana pun, tak boleh nak bentuk awan.
3. Tweet itu kata gelombang radio dapat ubah medan magnet Bumi. Aduh, tahukah anda medan magnet Bumi ini adalah medan yang melindungi kita daripada radiasi Matahari yang sangat berbahaya. Jadi, medan magnet Bumi sangatlah besar dan tak mampu diubah.
Silap-silap ubah, satu umat manusia boleh mati akibat radiasi Matahari.
4. Tweet itu kata, gelombang radio ini dapat mengawal minda manusia. Ya, tuan-tuan. Ia dapat mempengaruhi manusia melalui internet yang menyebarkan konspirasi-konspirasi mengarut. Ramai juga yang percaya dan mereka itu adalah yang telah terpedaya.
5. Kesimpulan : Apabila timbulnya isu macam ini, disarankan rujuk pada mereka yang ahli. Kalau korang perhatikan Tweet konspirasi HAARP ini semua guna jargon-jargon sains. Tapi disalahgunakan. Macam mana hangpa nak tahu sains yang dia cakap betul ke tak? Rujuklah pada yang ahli.
Aku baru saja balik daripada shooting di ML Studios dan aku ada sembang pasal ini. Asalnya aku nak tunggu pihal ML naikkan pasal ini. Tapi aku takut terlambat. Aku sampaikan jelah.
Pesanan terakhir : Jangan rujuk Ust. Auni dalam hal ini. Dia tak tahu apa-apa pasal sains.
Sebelum aku sebarkan pasal ini, MatLuthfi dah pesan ke aku, mesti geng-geng konspirasi akan kata aku ejen Dajjal. Aku redha dengan kenyataan itu.
Mesin Cuaca (Weather Machine) memang wujud. Tapi sekadar untuk meramal cuaca. Itu pun bukanlah 100% betul ramalannya. Ramal cuaca pun tak betul, ini kan pula nak kawal. - 9 Ogos 2018.

Ulang siar entri Ini Jawapan Untuk Teori Konspirasi HAARP - "Kalau Nak Tahu Pasal Sains, Jangan Rujuk Ustaz Auni!". bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment