Sudahlah Diserang Kerana Sindir Allah Tak Sembuhkan Adib, Kini Caryn Yean Hilang Kerja Pula..
Caryn Yean, facebooker yang menjadi viral disebabkan menghina kematian wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan telah dibuang kerja dari syarikat Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd.
Ini susulan dari hasil siasatan Honda Sri Utama yang mengesahkan kakitangannya telah melanggar polisi syarikat apabila membuat komen tidak wajar mengenai kematian Adib.
Caryn sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan biadap apabila menulis komen, "bukan kerajaan gagal, Tuhan you yang gagal tak sembuhkan Adib," katanya dalam mengulas berita kematian Adib pada isnin malam.
Pengarah Honda Sri Utama Auto, Wong Chee Keong turut mengeluarkan kenyataan kesal kerana kakitangannya memberikan komen yang tidak sensitif di laman sosial.
"Kami secara ikhlas memohon maaf atas komen yang tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami (Yean) mengenai berita sedih kematian Muhammad Adib.
"Kami tidak akan bertolak-ansur atau bertoleransi terhadap sikap sedemikan sama ada ia dilakukan dalam talian atau bukan," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook syarikat itu semalam.
Pada awalnya Caryn dilaporkan digantung tugas tetapi bermula hari ini, 20 Disember 2018, Caryn disahkan hilang kerja serta-merta.
Untuk rekod, Caryn juga menghilangkan diri di laman sosial disaat ramai pihak mendesaknya membuat permohonan maaf. Beberapa pihak juga tampil membuat laporan polis mengenai komen Caryn Yean - SozCYili.

Ulang siar entri Sudahlah Diserang Kerana Sindir Allah Tak Sembuhkan Adib, Kini Caryn Yean Hilang Kerja Pula.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment