Polis Sahkan Perbuatan 'Body Shaming' Merupakan Kesalahan Jenayah.
Oleh : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
FAKTA @ AUTA
'BODY SHAMING' DI RANGKAIAN SOSIAL / MEDIA SOSIAL ADALAH SATU KESALAHAN JENAYAH
Tahukah anda 'body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang dan kemudian memuat naik di media sosial atau ‘social network’ adalah merupakan satu kesalahan jenayah.
Terbaru tular di media sosial tentang seorang pekerja di restoran makanan segera yang menjadi mangsa 'body shaming'. Gambarnya telah diambil dan dimuat naik di dalam ‘group whatsapp’ kemudian dijadikan bahan jenaka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akibat saiz fizikal mangsa yang besar.
Perbuatan tersebut menyebabkan mangsa menjadi stress, kemurungan dan mengalami gangguan emosi akibat dimalukan.
Mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.
Budaya body shamming ini tidak sepatutnya dalam dalam budaya kita. Sentiasalah peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita. Stop Body Shaming!
Spread The News! Sebar Fakta Bukan Auta!

Ulang siar entri Polis Sahkan Perbuatan 'Body Shaming' Merupakan Kesalahan Jenayah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment