Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Ditahan PDRM!

 On Thursday, July 3, 2014  





Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Ditahan PDRM!







Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas.



Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa.



"Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an," kata sumber.



Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu.



Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai.



"Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya," katanya.



Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu.



Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya -MSTAR-



Apa motif pembunuhan?



Adakah dibunuh oleh pembunuh upahan?



Siapa yang mengupah?



Itu yang orang ramai nak tahu. Tunggu proses perbicaraan di mahkamah.



Ulang siar entri Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Ditahan PDRM! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Ditahan PDRM! 4.5 5 Unknown Thursday, July 3, 2014 Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Ditahan PDRM! Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dat...


Related Post:

  • Kenapa P.Ramasamy Kebal Dari Undang-Undang Soal Pendakwah. Kenapa P.Ramasamy Kebal Dari Undang-Undang Soal Pendakwah. Oleh : Firdaus Wong Inilah yang dikatakan lebih taat kepada PM India berbanding PM Malaysia! Setelah IGP beri amaran jangan provokasi perkauman dan agama lagi, beliau terus menyebarkan fi… Read More
  • Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. Jangan Mudah Ketawakan Kejatuhan Utusan.. Oleh : Ismail Amsyar Ini ialah pandangan peribadi saya sebagai seorang yang pernah bergelar wartawan. Susulan perkembangan industri media tanah air yang terbaru, melibatkan syarikat media Utusan, saya m… Read More
  • Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. Ini Apa Yang Simpatisan Pedo Terlepas Pandang.. Oleh : Hanis Hafisah Tahukah anda, pada awal tahun 2019, UK telah mengeluarkan satu dokumentari yang mengejutkan mengenai Michael Jackson bertajuk "Leaving Neverland". Ini bukan dokumentari biasa m… Read More
  • Amalkan 'Priority System' Untuk Bina Rumahtangga Harmoni. Amalkan 'Priority System' Untuk Bina Rumahtangga Harmoni. Oleh : Taufiq Razif Batalkan cuti pun happy?  Gambar : Taufiq Razif FB Baru ni dah plan macam macam dah. Siap nak ke Sabah lah, Langkawi lah dan macam macam tempat lagi. H… Read More
  • Isu Nur Fitri Azmeer Nordin, Ini Luahan Syed Azmi. Isu Nur Fitri Azmeer Nordin, Ini Luahan Syed Azmi. Oleh : Syed Azmi Saya tahu dia kembali lebih 3 tahun lepas. Saya perlu terima kenyataan yang dia akan kembali. Saya sudah memohon kepada SKMM untuk dia mencari orang-orang yang sama dengannya… Read More

No comments:

Post a Comment