Jambatan Konkrit MRT Runtuh, 3 Disyaki Maut Tertimbus.

 On Tuesday, August 19, 2014  





Jambatan Konkrit MRT Runtuh, 3 Disyaki Maut Tertimbus.







Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.



Dalam kenyataannya, sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan terjatuh.



MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerja dipercayai terperangkap di bawahnya.



Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.



Menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamata telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.



Sementara itu, ketika dihubungi oleh Astro AWANI jurucakap MRT Leaone Shen-li, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan. - Awani -



Maklumat lanjut akan menyusul.



Ulang siar entri Jambatan Konkrit MRT Runtuh, 3 Disyaki Maut Tertimbus. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Jambatan Konkrit MRT Runtuh, 3 Disyaki Maut Tertimbus. 4.5 5 Unknown Tuesday, August 19, 2014 Jambatan Konkrit MRT Runtuh, 3 Disyaki Maut Tertimbus. Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan ...


No comments:

Post a Comment