Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program.

 On Sunday, January 15, 2017  

Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program.

Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengkritik status ibadah haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mungkin terlupa anaknya Datuk Seri Mukhriz juga pernah mencalonkan 20 jemaah bagi menyertai program yang sama. 


Justeru, pengerusi jawatankuasa program berkenaan Datuk Jailani Ngah menyifatkan tuduhan melulu bekas perdana menteri itu hanyalah bermotifkan politik semata-mata. 

Beliau berkata majoriti mufti dan ulama di negara ini telah membantah sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana mabrur atau tidak haji seseorang itu hanya ditentukan Allah SWT sahaja. 

“Tidakkah Tun Dr Mahathir terfikir kenyataannya itu mengguris hati anak-anak dan isteri kerana ada bapa atau suami mereka yang telah menunaikan haji dalam program khas ini meninggal dunia semasa di Mekah dan selepas pulang ke tanah air, dipersoalkan status mabrur arwah? 

“Mungkin Tun Mahathir terlupa, sepanjang anaknya (Mukhriz) menjadi menteri besar Kedah, 20 orang telah pun menyertai program khas haji ini sejak 2013 hingga awal 2016,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran pencalonan haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB 2017 yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini. 

Jailani turut mendesak Dr Mahathir menjawab persoalan sama ada status ibadah haji yang dicalonkan Mukhriz itu mabrur ataupun tidak, serta reaksi daripada 20 jemaah terbabit. 

Sementara itu, pada tahun ini, 110 imam, bilal dan pemimpin masyarakat dari Terengganu akan menyertai program khas haji itu. 

Ditanya sama ada program berkenaan masih mendapat sambutan selepas Dr Mahathir membuat tuduhan itu, Jailani yang juga setiausaha politik kepada perdana menteri, berkata pihaknya menerima lebih 2,000 pencalonan berbanding kuota ditetapkan sebanyak 1,100 jemaah. 

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terjejas walau sedikit pun dengan tuduhan itu, malah ini cabaran untuk memastikan program berkenaan terus berjalan lancar agar memberi manfaat kepada lebih ramai umat Islam untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dengan lebih cepat secara percuma. 

“Hasrat perdana menteri hanya satu... mahu semua imam, bilal dan pemimpin masyarakat yang belum mengerjakan haji agar melaksanakannya dalam tempoh pemerintahannya sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. 

Pada tahun ini juga, program tajaan haji itu akan diperluaskan kepada penghulu atau penggawa, pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan wakil pejabat mufti di seluruh negara. 

Sejak program khas berkenaan diperkenalkan pada 2011, sebanyak 4,611 imam, bilal dan pemimpin masyarakat telah mengerjakan haji menerusi tanggungjawab sosial korporat 1MDB itu. — Bernama

Ulang siar entri Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program. 4.5 5 Unknown Sunday, January 15, 2017 Haji 1MDB Tak Mabrur? Jadi Kenapa Mukhriz Letak 20 Nama Calon Haji Soal AJK Program. Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengkritik status ib...


No comments:

Post a Comment