Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean!

 On Sunday, January 15, 2017  

Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean!

Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean!

Pada tahun lepas restoran Runningman yang dibuka di Sitiawan agak 'mencipta' fenomena di kalangan peminat-peminat rancangan variati Running Man dan juga peminat drama Korea di Malaysia.

Restoran Running Man Di Sitiawan.


Restoran tersebut menjual hidangan Korean yang seringkali kita lihat di kaca tv namun ia malangnya penganut Islam tidak boleh singgah makan di restoran tersebut kerana ianya tidak halal. Terdapat hidangan babi dan juga arak di sajian mereka. Untuk itu, umat Islam tidakla boleh makan-makan disitu.

Namun bermula pada 1 Januari lepas, pemilik restoran Hamba Korean dan RunningMan restoran telah membuka satu lagi cawangan baru yang dikhususkan untuk menjual hidangan korean yang halal dimakan oleh umat Islam di negara ini.

Sebenarnya, semenjak popularnya drama-drama Korea Selatan di Malaysia, terdapat beberapa restoran yang mula menawarkan hidangan Korean di menu mereka. Restoran-restoran baru yang berasaskan masakan Korean juga semakin menambah bilangannya. Ia bukan susah nak mencari pun cuma jika anda tinggal di kawasan luar bandar, mungkin sukar nak mendapatkan restoran seperti ini berbanding di bandar-bandar besar. 

Oleh itu apabila lokasi strategik seperti Sitiawan membuka restoran makanan berasaskan Korean, sekurang-kurangnya yang tinggal di lokasi kurang maju seperti Bagan Datuk, Langkap, Teluk Intan, tak perlu la susah-susah nak pergi jauh-jauh menikmati hidangan Korean, sebab kat Sitiawan pun ada.

Restoran Runningman Go - cawangan baru, yang halal untuk muslim menikmati makanan Korean.


Bahagian dalam Runningman Go.


Antara menu yang ditawarkan berserta harganya.


Meleleh air liur oii..


Adakah restoran ini telah mendapat sijil halal dari JAKIM? Hah, meskipun pemilik restoran menawarkan makanan halal dan tidak menjual babi dan arak di premisnya namun keperluan mendapatkan sijil halal dari JAKIM seumpama memberikan keyakinan kepada pelanggan-pelanggan muslim untuk makan tanpa was-was di restoran ini.

Menurut fb rasmi mereka yang penulis lihat disini, pemilik restoran mengatakan permohonan untuk mendapatkan sijil halal dalam proses dan mereka masih lagi dalam penantian untuk sebarang pengesahan susulan.

Jika anda berminat untuk ke restoran ini, nasihat penulis sila rajin-rajinkan tangan untuk melakukan reservation terlebih dahulu jika rombongan anda melebihi dari 8 orang. Dan pastikan poket anda juga penuh kerana harga hidangan di restoran ini boleh tahan juga!

Ulang siar entri Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean! 4.5 5 Unknown Sunday, January 15, 2017 Restoran Running Man Go Di Sitiawan Dan Berita Baik, Ianya Halal Untuk Peminat Makanan Korean! Pada tahun lepas restoran Runningman yan...


No comments:

Post a Comment