Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak.

 On Sunday, January 15, 2017  

Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak.

Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Najib berkata pada 26 Disember lalu, Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang, namun nadanya berubah sama sekali semalam apabila menyatakan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika pembangkang menerajui kerajaan nanti. 


“Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M. 

“Kebelakangan ini, Tun Mahathir terlalu banyak buat pusingan U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Tun Mahathir sekarang ini jaguh pusingan U kerana tindakan dan kenyataan bercanggah sama sekali,” katanya. 

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), semasa melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi menyatakan pembangkang bersedia memberikan BR1M kepada rakyat sekiranya pembangkang menerajui kerajaan kelak. 

Najib berkata kenyataan itu bercanggah sama sekali dengan pendirian Dr Mahathir sebelum ini apabila kerap mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan salah di sisi undang-undang atau satu jenayah. 

“Kerajaan tak anggap BR1M ini rasuah malah ia tidak banyak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam menyalurkan bantuan untuk rakyat. 

“Ia sama juga sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri apabila menyalurkan bantuan kebajikan dan wang ihsan kepada rakyat Terengganu, malah kita lihat dalam laman sesawang PPBM sendiri ada ruang menyatakan mereka sanggup bantu jika rakyat mahu BR1M,” kata Najib. 

Perdana menteri juga berkata sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi pemimpin dalam kerajaan, mereka turut mempertahankan dasar kerajaan memberikan bantuan BR1M itu kepada rakyat. 

Najib sekali lagi menegaskan pemberian BR1M itu tidak seharusnya dijadikan bahan politik kerana ia adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu golongan rakyat yang susah di negara ini. 

“Asal usulnya pemberian BR1M ini bukan cadangan daripada diri saya tetapi Bank Negara Malaysia. Mereka cadangkan pemberian cara ini lebih baik daripada subsidi minyak dan sebagainya. 

“Sejak awal lagi ia bukan berniat politik, tetapi kita hendak bantu rakyat yang layak... tidak sangkut paut dengan pendirian politik,” katanya. 

Sementara itu, Najib turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir bahawa pembangkang akan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika pembangkang memerintah sebagai satu ‘omongan’ kosong untuk mengabui pemikiran rakyat. Najib berkata, “Dia boleh cakap tetapi sebenarnya kita sebagai sebuah kerajaan perlukan hasil, jika kita hapus GST, kita akan kehilangan RM40 bilion setahun, soalnya apa hasil lain boleh gantikannya. (Ini menunjukkan) kita tidak boleh suatu kenyataan yang tidak berpaksi kepada realiti. 

“Perkara itu dia tidak sebut, jadi ini hanyalah untuk mengabui hati rakyat dan bermain dengan sentimen sahaja serta tidak berpaut kepada hakikat sebenar,” katanya. 

Najib berkata GST telah diamalkan di 120 buah negara dan Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan kadar terendah. ― Bernama

Ulang siar entri Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak. 4.5 5 Unknown Sunday, January 15, 2017 Hapus GST Hanya Omong Kosong, Mahathir Jaguh Pusingan U Sebab Asyik UTURN - Najib Razak. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifa...


No comments:

Post a Comment