Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan.
Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta diKM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, tengah malam Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
“Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datangdari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan.
Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. -ST-
Ulang siar entri Pemain Bola JDT Maut Dalam Kemalangan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment