TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena.
WOWWWW..
Ada sesuatu yang sangat menarik dalam kritikan TMJ kepada pengacara ASTRO yang mengulas sukan bola sepak tanah air. Korang kena baca pendedahan dia. Nampak, nampak, bagaimana bola sepak dipolitikkan bagi mendapatkan sesuatu manfaat bagi pihak2 tertentu.
Astro Arena pun propa lebih rupanya.
Baca, kalau rajin kasi sebar.
HAHAHA.
Baca ;
Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air. Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia. Zainal Abidin Raub mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat Asean. Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya kenyataan itu tidak benar. Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia. Bukan liga gred A. Tetapi liga gred D atau E. Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita.
Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai masalah dan kita tidak boleh sembunyikannya demi pembangunan bola sepak negara. Pengacara Astro Arena juga selalu menafikan yang pengadil kita adalah begitu teruk. Sebagai pengacara, anda semua sepatutnya memberi maklumat yang benar kerana para penonton dan penyokong bola sepak berhak tahu perkara-perkara yang benar dan berdasarkan fakta.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber : sini
Ulang siar entri TMJ Kritik Pengacara Astro, Dedahkan Penipuan Astro Arena. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment