Penjelasan Shaari Sungib Kenapa Dia Hadir Sidang Media Sokong Wan Azizah.

 On Thursday, August 21, 2014  





Penjelasan Shaari Sungib Kenapa Dia Hadir Sidang Media Sokong Wan Azizah.






Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

"Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.


"Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat.


Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.


Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid.


PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai. -MKINI-



Ulang siar entri Penjelasan Shaari Sungib Kenapa Dia Hadir Sidang Media Sokong Wan Azizah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Penjelasan Shaari Sungib Kenapa Dia Hadir Sidang Media Sokong Wan Azizah. 4.5 5 Unknown Thursday, August 21, 2014 Penjelasan Shaari Sungib Kenapa Dia Hadir Sidang Media Sokong Wan Azizah. Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pa...


Related Post:

  • Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan undang-undang larangan merokok di tempat awam.  … Read More
  • Maafkan Saya, Kata TMJ Pada Semua.. Maafkan Saya, Kata TMJ Pada Semua.. Oleh : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim. MAAFKAN SAYA. Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah.  Tetapi, me… Read More
  • Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Oleh : Hasmuhaimin Din Gulam Ok, aku dah masuk ke dalam kokpit aku. Pegang saja stereng, automatik aku dapat rasa aura supir dah mula mengalir keseluruh tubuh untuk aku kembali menulis pasal… Read More
  • Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Oleh : Aliff Ahmad II Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!   Antara perkara yang gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan … Read More
  • Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di Shah Alam ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan. Ketua… Read More

No comments:

Post a Comment