Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim.

 On Wednesday, August 13, 2014  





Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim.





Janji Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi keutamaan kepada usaha membersihkan namanya selepas dipecat dan diaibkan PKR menyaksikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menerima notis tuntutan daripada firma guaman yang mewakili Abdul Khalid.

Ini selang sehari selepas, Tetuan Bon, milik peguam hak asasi, Edmund Bon bertindak menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap portal berita The Malaysian Insider.

Notis tuntutan terhadap Saifuddin berkaitan dua artikel yang menyentuh kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid menyerahkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan Bon di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dan salinan penyataan tuntutan itu dimuat naik beberapa laman blog.

Abdul Khalid selaku plaintif menyenaraikan dua artikel yang disifatkannya adalah berat sebelah.

Dua artikel tersebut ialah Pencalonan YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sebagai Menteri Besar Selangor dan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor.

Kedua-dua artikel itu disiarkan di akhbar dan portal berita selepas Saifuddin Nasution membuat kenyataan pada 4 Ogos lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa Saifuddin Nasution telah menerbitkan kenyataan fitnah di atas beberapa isu.

Di antara isu yang disebut ialah berhubung penyelesaian hutang pinjaman Bank Islam, EcoWorld Berhad dan juga Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan pada 26 Februari lalu.

Abdul Khalid juga menuntut defendan menarik balik artikel fitnah itu kepada peguamcara menerusi e-mel dan faks.

Beliau turut menuntut Saifuddin Nasution memohon maaf kepadanya atas penulisan dan penerbitan artikel tersebut di dua akhbar.

Pada Selasa, Abdul Khalid juga membuat keputusan yang berani apabila memecat enam Exco dari PKR dan DAP yang membawa maksud bahawa kedua-dua parti tersebut bukan lagi kerajaan di Selangor.

Ini antara beberapa Langkah Khalid selepas dipecat dari PKR sejak Sabtu lalu. Kini Abdul Khalid menjadi MB dengan sokongan PAS dan BN. Bagaimanapun BN hanya menyokong tanpa syarat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid. -AD-




Ulang siar entri Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim. 4.5 5 Unknown Wednesday, August 13, 2014 Saifuddin Nasution Pula Terima Notis Tuntutan Dari Khalid Ibrahim. Janji Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membe...


Related Post:

  • Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung, Mengarut. Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung, Mengarut. KESIHATAN | Virus Polio kembali lagi ke Malaysia selepas 27 tahun. Berita mengemparkan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah KKM dalam satu kenyataan pada Ahad. Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abd… Read More
  • Dituduh Nusyuz Pada Dai' Farhan, Saya Akan Buktikan Di Mahkamah Kata Fatin. Dituduh Nusyuz Pada Dai' Farhan, Saya Akan Buktikan Di Mahkamah Kata Fatin. SOSMED | "Tak perlu kecam bekas suami saya kerana dia adalah bapa kepada anak-anak saya," demikianlah rayuan Fatin yang juga bekas isteri pertama kepada Dai' Farhan di Fa… Read More
  • Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik. Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik. SOSMED | Tindakan portal Sinar Harian yang melaporkan masalah babi di kawasan perumahan pangsapuri di Ketumbar Height dikecam netizen. Ini kerana portal itu cuba mengambarkan masalah babi di ka… Read More
  • Jasad Chin Peng : Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Arang. Jasad Chin Peng : Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Arang. Oleh : Arif Atan Menang jadi arang, kalah jadi abu Mengapa kita semua hanya tahu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke negara ini hanya selepas dua bul… Read More
  • Plaster Pak Li Ada Racun Kata KKM. Plaster Pak Li Ada Racun Kata KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pak Li Medicated Plaster' setelah dikesan mengandungi racun berjadual Diphenhydramine… Read More

No comments:

Post a Comment