Satu Lagi Insiden Pesawat Terhempas - Semua Penumpang Dilaporkan Maut!
Baru lagi. Kali neh berlaku kat Iran. Berita dari agensi Iran melaporkan. Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran pada hari ini (Ahad). Menurut agensi berita Iran lebih daripada 40 penumpang terbunuh dalam nahas itu. Pesawat Taban Airlines itu sedang dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar di timur negara itu.
Menurut agensi berita IRNA dan Fars nahas berlaku pada 9.18 pagi waktu tempatan (0448 GMT). Menurut laporan stesen televisyen rasmi Iran IRINN, pesawat terhempas di kawasan Azadi, ke barat lapangan terbang itu namun tidak dinyatakan angka korban secara tepat dan juga sama ada ia turut merangkumi penduduk di kawasan sekitar.
“Kesemua penumpang terbunuh,” seorang jurucakap jabatan bomba memaklumkan kepada agensi berita IRNA. Satu lagi sumber yang tidak dinamakan berkata pesawat jenis Antonov An-140 itu sedang membawa 48 penumpang ketika ia terhempas.
Terdapat laporan awal yang bercanggah mengenai milik siapakah pesawat itu, ada laporan yang mengatakan ia milik Taban Airlines tetapi satu lagi laporan melaporkan ia milik Sepahan Airlines. Lapangan Terbang Mehrabad terletak di tengah-tengah Tehran dan menjadi pusat penerbangan tempatan selain menjadi antara lapangan terbang paling sibuk di negara itu.
Dan ini menjadikan pada 2 bulan kebelakangan ini, pesawat penumpang samada penerbangan domestik mahupun antarabangsa terhempas dalam masa terdekat termasuklah #MH17.
Ulang siar entri Satu Lagi Insiden Pesawat Terhempas - Semua Penumpang Dilaporkan Maut! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment