Soalan Matematik UPSR Juga Bocor !!!!!

 On Wednesday, September 10, 2014  





Soalan Matematik UPSR Juga Bocor !!!!!



Teruk gila.


Sains bocor.

Matematik bocor.

Bahkan kalau ikut sebaran di wassap, tengahari tadi aku terima, English pun dipercayai bocor.


Apa dah jadi dengan lembaga peperiksaan negara? Macam mana boleh berlaku kebocoran soalan peperiksaan? Hampir setiap tahun dengan masalah yang sama. Tak amanah ke orang2 yang berada dalam kementerian korang?


Haha.


Menyusahkan.


Tak pasal2 budak2 neh kena ulang periksa balik.


Berikut antara soalan2 matematik yang dilaporkan bocor ;











Patutnya.


Hentikan aje peperiksaan UPSR memandangkan perkara ini dah semakin teruk. Sebaran di wassap. Mana ko tahu sekolah mana yang terjejas dan sekolah mana yang tak terjejas? Dah tersebar di wassap, sapa2 pun boleh dapatkan soalan dia tau. Lembaga peperiksaan patut lebih bertanggungjawab dengan menghentikan terus peperiksaan UPSR dan pinda ia ke satu tarikh baru sementara menjalankan siasatan lanjut. Lepas neh soalan apa pula yang bocor agaknya.


Haha..


Laporan Awani ;



Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.



Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.



Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.



"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.



Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.




Ulang siar entri Soalan Matematik UPSR Juga Bocor !!!!! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Soalan Matematik UPSR Juga Bocor !!!!! 4.5 5 Unknown Wednesday, September 10, 2014 Soalan Matematik UPSR Juga Bocor !!!!! Teruk gila. Sains bocor. Matematik bocor. Bahkan kalau ikut sebaran di wassap, tengahari tadi ...


No comments:

Post a Comment