Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara..

 On Friday, November 9, 2018  

Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara..

Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara..

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Satu ucapan tahniah kepada Tun Mahathir atas anugerah yang diterimanya dari Maharaja Akihito menerima pelbagai reaksi berbeza. Itu sudah lumrah.


Ada yang melihat dari sudut ketaksuban politik, ada yang melihat dari sudut kebencian, ada yang melihat dari sudut kegagalan menunaikan janji.

Saya pula melihat dari perspektif seorang negarawan yang telah mengharumkan nama negara. Saya ke benua Afrika, China, Australia, Latin Amerika, Eropah hatta di Timur Tengah, majoriti memuji Tun Mahathir atas sumbangannya sebagai seorang Muslim yang membangunkan Malaysia.

Saya tidak kisah cemuhan dan sindiran dari pelbagai pihak. Saya berpegang kepada prinsip memuji tindakan yang betul tanpa mengira siapa pun orangnya. Apa yang kita rasa salah, kita kritik secara spesifik perkara itu dan tidak mempukalkan semuanya lalu menolak kebaikan yang pernah dilakukan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata pada Jabir bin Sulaim,

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.” (HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722)

Jangan kerana kebencian kita sehingga kita meremehkan jasa dan kebaikan yang pernak dilakukan oleh seseorang. Jadilah seorang yang objektif dalam membenci dan mengkritik dan jangan mempukalkan kesemua sekali... 


Wallahualam

Ulang siar entri Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara.. 4.5 5 Unknown Friday, November 9, 2018 Terima Anugerah Dari Jepun, Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara.. Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official) Satu ucapan tahniah ke...


No comments:

Post a Comment