Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya.

 On Tuesday, April 28, 2015  

Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya.

Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya.


Cerita ini berdasarkan pengalaman seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Felicia Ng. Dan dikarang semula oleh Siakap Keli untuk tujuan perkongsian. Sebenarnya, ramai lagi yang senasib dengan adik neh. Cuba turun di kawasan perkampungan. Anak2 melayu dan anak2 india. Jual kerepek, jual alat cuci kereta, jual barangan terpakai pun ada. Aku pernah terserempak dengan anak orang India umur lebih kurang 9 tahun macam tue. Aku tanya, tanya dan asyik tanya. Dia cakap dia dok estet. Kadang2 takde duit kena jual barang kat pekan. Untuk makan. Mak ayah orang susah. Aku bantu la takat yang mampu. Tapi nak bawa lebih2 pun satgi dikata menculik (dia la taknak aku bawa dia balik ke rumah, takut kot). Dah malam-malam kan. No telefon pun dia takde. Nak buat macam mana. Renung je la tengok dia berlalu pergi. Aku kesian. Dan aku tahu. Ramai orang Malaysia yang kesian. Cuma kita neh kadang2 buntu. Takde cara yang strategik untuk bantu. 

Tapi bukan budak2 yang menjual aje yang buat air mata kita menitik kadang-kala. Yang pakcik makcik pun sama. Yang naik bas sarat dengan barangan kerepek pun ada. Sedih kot. Ada satu kat station LRT. LRT Kampung baru. Ada seorang pakcik tua. Jangan harap la kau dia nak minta atau terima derma. Kau bagi apa sahaja duit dia akan pass barangan atau pulang baki kat ko. Kot takde baki dia bagi balik duit. Tak pun semua barangan gula2 dan tisu kau kena amek. Dah tua-tua macam tue tak menitik ke air mata kau tengok dia meniaga kadang tengah panas tengah malam tengah hujan? Sedih kot. Tapi macam aku kata tadi la. Kita neh takde cara strategik nak bantu dorang sebenarnya. Simpati je tak guna. 

Apa2 pun baca la perkongsian dari SK kat bawah neh hah.

Baca ;

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Felicia Ng telah memuatnaik beberapa keping gambar dan dialog perbualannya dengan remaja tersebut.

"Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya." ceritanya

Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.

Felicia: "Tak panas ke dik?"

Budak: "Tak," 

Felicia: "Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?"

Budak: "Ya, di SMK Taman Daya,"

Felicia: "Dah tu kenapa jual kerepek?"

Budak: "Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,"

Felicia: "Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?" 

Budak: "Ya," katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.



Semasa di dalam perjalanan beliau telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Semasa kerepek dijual kanak-kanak tersebut meletakkan satu kertas tertulis,


Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih.
Dikala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.

Ada pengguna laman sosial menuduh remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.

Felicia telah memuat naik sekeping gambar keratan Harian Metro untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.


 
Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana bolehlah membeli kerepek dan maruku remaja ini dan adik-beradiknya untuk meringankan beban yang ditanggung.


Kredit : Siakap Keli. 

Ulang siar entri Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 28, 2015 Pelajar Sekolah Jual Kerepek Di CIMB Dapat Simpati Warga Maya. Cerita ini berdasarkan pengalaman seorang pengguna facebook yang meng...


No comments:

Post a Comment