Non Muslim Boleh Gunakan 'Allah' Di Pulau Pinang - Lim Guan Eng.

 On Friday, December 12, 2014  





Non Muslim Boleh Gunakan 'Allah' Di Pulau Pinang - Lim Guan Eng.






Dalam kenyataan media terbarunya, LGE mengatakan bahawa ;


1. Pulau Pinang tidak terikat dengan larangan penggunaan kalimah Allah bagi non muslim.


2. Justeru itu, non muslim di Pulau Pinang berhak dan boleh menggunakan kalimah Allah di dalam negeri tersebut.


3. Menurut LGE, larangan penggunaan kalimah Allah tiada kaitan dengan non muslim kerana enakmen yang meluluskan perkara (undang2) tersebut hanya terpakai untuk penganut Islam semata2 berdasarkan kepada enakmen agama hanya boleh dikuatkuasakan ke atas penganut Islam sahaja.



4. Walaupun tiada larangan penggunaan kalimah Allah dan 40 perkataan arab yang lain oleh non muslim bagi negeri tersebut namun secara budayanya, penganut2 beragama (selain Islam) tidak menggunakan perkataan2 tersebut dalam upacara keagaamaan mereka.


5. Walaubagaimana pun LGE menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dan 39 perkataan arab yang lain bagi non muslim seperti yang diputuskan oleh mufti di Penang pada tahun 2010, tidak akan dikuatkuasakan di Penang kerana enakmen agama (Islam) tiada hak menguatkuasakan larangan ke atas non muslim kerana enakmen itu hanyalah terpakai ke atas penganut Islam semata2.



Ulang siar entri Non Muslim Boleh Gunakan 'Allah' Di Pulau Pinang - Lim Guan Eng. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Non Muslim Boleh Gunakan 'Allah' Di Pulau Pinang - Lim Guan Eng. 4.5 5 Unknown Friday, December 12, 2014 Non Muslim Boleh Gunakan 'Allah' Di Pulau Pinang - Lim Guan Eng. Dalam kenyataan media terbarunya, LGE mengatakan bahawa ; ...


No comments:

Post a Comment