"Cikgu, Sumpah Saya Tak Curi HP Cikgu," Kata Pelajar 13 Tahun Sebelum Bunuh Diri.

 On Friday, January 26, 2018  


"Cikgu, Sumpah Saya Tak Curi HP Cikgu," Kata Pelajar 13 Tahun Sebelum Bunuh Diri.

Oleh : Berita Daily

“Cikgu saya tak mencuri telefon bimbit kamu. Saya sumpah”. 

Demikian kata-kata terakhir ditulis oleh seorang murid 13 tahun dalam sepucuk suratnya sebelum cuba menggantung diri akibat dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pelajarnyang berusia 13 tahun itu, hanya dikenali sebagai Piriya yang merupakan pelajar rajin, kini bertarung dengan nyawa selepas cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolahnya.



Didapati, insiden yang berlaku pada 24 Januari, di mana Piriya merupakan pelajar tingkatan satu, di sekolah tersebut dituduh mencuri telefon bimbit (IPhone 6) oleh seorang guru, juga berbangsa India.

Walaupun menafikan berkali-kali bahawa beliau tidak mencurinya, guru tersebut membawa Piriya ke sebuah bilik dan dikurung di situ sebelum memaksa Piriya untuk mengakuinya.

Malah, Piriya turut meminta menunjukkan buktinya selepas guru tersebut berkata bahawa terdapat bukti CCTV.

Namun, tiada bukti ditunjukkan. Sebaliknya, guru tersebut cuba memalukan Piriya di khalayak rakan sekolah yang lain.

Piriya juga tidak dibenarkan untuk keluar pada waktu rehat. Selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) meminta Piriya menaiki keretanya membawa ke rumahnya.

Beliau sekali lagi dituduh mencuri di harapan ahli keluarganya mengakibatkan Piriya menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.

Dalam surat itu, beliau menegaskan bahawa tidak mencuri telefon tersebut dan juga meminta maaf kepada ibu bapa akibat insiden yang berlaku.

“I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry,” tulis Piriya dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.

Dalam pada itu, Setiausaha DAP Batu Kawan, Satees Muniandy yang kini menemani ibu bapa Piriya yang masih berada dalam keadaan kritikal di hospital mengecam sikap tidak bertanggungjawab guru sekolah tersebut.

“Walaupun, beliau masih berusia 13 tahun, tidak bermakna beliau boleh dimalukan di depan rakan dan ibu bapa. Ada cara untuk menyiasat kes-kes sebegini,” katanya ketika dihubungi Berita Daily.

“Saya fahami telefon yang dikatakan hilang adalah model Iphone6 di mana ada applikasi untuk mencari semula telefon jenis ‘Apple’ sekiranya hilang atau dicuri. Apakah telefon bimbit lebih penting berbanding nyawa seorang murid?” soalnya.

“Saya percaya tindakan keterlaluan guru tersebut yang mendesak pelajar tersebut gantung diri. Saya tidak sokong tindakannya pelajar tersebut. Tetapi, kita perlu fahami faktor usia beliau yang jelas tidak mampu menerima penyeksaan mental sebegini,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya keadaan Piriya, Satees memberitahu beliau kini menjalani rawatan di Hospital Seberang Jaya.
 

“Beliau kini dibawa untuk menjalani ujian CT Scan,” kata Satees sambil meminta orang ramai membuat doa agar beliau cepat pulih daripadanya.

Ulang siar entri "Cikgu, Sumpah Saya Tak Curi HP Cikgu," Kata Pelajar 13 Tahun Sebelum Bunuh Diri. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
"Cikgu, Sumpah Saya Tak Curi HP Cikgu," Kata Pelajar 13 Tahun Sebelum Bunuh Diri. 4.5 5 Unknown Friday, January 26, 2018 "Cikgu, Sumpah Saya Tak Curi HP Cikgu," Kata Pelajar 13 Tahun Sebelum Bunuh Diri. Oleh : Berita Daily “Cikgu saya tak mencu...


No comments:

Post a Comment