PAS Tidak Jujur Dan Tidak Bermaruah Kata Lim Kit Siang.
Pendapat aku.
Lim Kit Siang berhenti kutuk PAS. Keluar je la dari PR. Bubarkan PR terus. PKR pun berhenti kutuk dan serang PAS. Bubar aje PR. Atau PKR dan DAP gabung bawa haluan masing2. PASMA pun boleh convert dari NGO ke parti politik. Lepas tue gabung dengan PKR dan DAP.
PAS pun sama. Berhenti kutuk-kutuk DAP dan PKR. Berhenti serang menyerang sesama sendiri. Keluar je dari PR. Samada PAS nak lone ranger ke gabung dengan BN ke apa ke itu mereka punya pasal.
Berhenti gaduh sesama sendiri sekarang tumpu bergaduh demi rakyat atau bergaduh dengan rakyat pula. At least kat situ korang bahas gak masalah rakyat.

DAP menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak dengan cara yang tidak jujur dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) memohon kebenaran Parlimen membentangkan rang undang-undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tindakan Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum dihantar ke Parlimen.
"Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. 'Not honest and not honourable' (tidak jujur dan tidak bermaruah). Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya.
"PKR mengumumkan tidak bersetuju, dan kita (DAP) pun tidak boleh bersetuju. Tetapi mereka (PAS) melanggarnya. Itulah masalahnya," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Semalam, PKR menyatakan parti itu tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang akan dibentangkan PAS di Parlimen kerana parti Islam itu tidak menghiraukan kesepakatan yang dicapai dalam isu tersebut.
Dalam kenyataan yang ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi PKR, ia menyifatkan tindakan yang diambil Hadi pada 18 Mac itu, sebagai menentang keputusan pimpinan PR.
Bersetuju dengan PKR, Lim juga mengatakan keputusan mengenai rang undang-undang itu sudah diputuskan PR melalui mesyuarat pada 8 Februari 2015.
"Pada mesyuarat 8 Februari, yang turut dihadiri Hadi, kita (Majlis Tertinggi PR) sudah buat keputusan mengenai sebarang pindaan rang undang-undang Kelantan (hudud)," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin berhubung pendiriannya mengenai hudud.
Lim berkata, isunya sekarang bukan sekadar undang-undang hudud, yang dari segi prinsip dan dasarnya memang dibantah DAP, tetapi juga soal kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.-TMI.
Ulang siar entri PAS Tidak Jujur Dan Tidak Bermaruah Kata Lim Kit Siang. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment