PROTON Kini Setanding BMW, HONDA Kata Menteri.
Lagi 90% penambahbaikan yang dilakukan ke atas PROTON baru la ia mampu menyamai atau setanding dengan BMW. Sekarang yang setanding dengan BMW ialah hanya pada harganya. BMW kalau bukan sebab cukai pun tak mahal nak mampos macam yang terjual kat negara kita. PROTON, jenama tempatan pula mahal nak mampos meskipun product sendiri. So dari segi harga memang menyamai. Kedua-duanya dijual secara mahal akibat cukai melampau kat negara ini.
Tapi menteri kau bukan fikir macam tue. Dia kata kualiti PROTON dengan kualiti BMW adalah sama.
PROTON = BWM = sama-sama berkualiti dan setanding antara satu sama lain.
Tercekik tulang ayam berGST lepas baca woi.
WAKAKAKAKAKA..
Dan macam biasa, walaupun PROTON kini setanding dengan BMW, tetap la menteri2 kau neh beli kereta import sebagai kenderaan peribadi dorang. Apa kes?
WAKAKAKA..
Baca laporan Malaysiakini ;
Tapi menteri kau bukan fikir macam tue. Dia kata kualiti PROTON dengan kualiti BMW adalah sama.
PROTON = BWM = sama-sama berkualiti dan setanding antara satu sama lain.
Tercekik tulang ayam berGST lepas baca woi.
WAKAKAKAKAKA..
Dan macam biasa, walaupun PROTON kini setanding dengan BMW, tetap la menteri2 kau neh beli kereta import sebagai kenderaan peribadi dorang. Apa kes?
WAKAKAKA..
Baca laporan Malaysiakini ;
Kerajaan yakin Proton mampu bersaing dengan kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda.
Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa berkata perkara itu berasaskan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung ciri-ciri keselamatannya.
“Pengeluaran model-model kereta Proton terbaharu mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport.
“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” kata menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menjawab soalan MP Batu Gajah V Sivakumar.
Sivakumar meminta kementerian tersebut menyatakan sama ada kereta Proton berjaya bersaing dengan kereta import.
Mustapa berkata ciri-ciri model Proton ini digabung dengan ciri pemanduan dan pengendalian Lotus (pemanduan selesa dan kawalan tepat) yang mencetus prestasi unit serta memberikan mutuyang memuaskan.
Katanya lagi, model Preve, Suprima S dan Iriz dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).
Sivakumar, timbalan pengerusi DAP Perak turut bertanya adakah Proton mampu memenuhi pasaran tempatan serta berapa lamakah tempoh menunggu yang terpaksa dilalui oleh seseorang pembeli selepas membuat tempahan.
Mustapa tidak menjelaskan sama ada Proton mampu memenuhi pasaran tempatan sebaliknya berkata tempoh menunggu bagi mendapatkan kereta tersebut antara satu hingga satu setengah bulan.
“Tempoh menunggu bagi tempahan bagi model-model seperti Saga, Iriz, Persona, Suprima S dan Exora adalah sekitar satu bulan.
“Manakala bagi Preve sekitar satu hingga satu setengah bulan, bagaimanapun tempoh menunggu ini bergantung kepada kepada status kelulusan pinjaman pelanggan,” katanya.
Ulang siar entri PROTON Kini Setanding BMW, HONDA Kata Menteri. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment