Jangan Jadi Gay - Najib.

 On Tuesday, June 30, 2015  

Jangan Jadi Gay - Najib.

Jangan Jadi Gay - Najib.

Perdana menteri mengingatkan umat Islam bahawa konsep wasatiah menggariskan jalan kesederhanaan yang tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu longgar.

“Tidak perlu ada perbarisan gay umpamanya.

"Itu terlalu longgar,” kata Najib Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebelum berbuka puasa dengan anggota keselamatan itu dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Isu lesbian, gay, dwiseksual dan transgender (LGBT) mencetuskan semula perbincangan hangat selepas mahkamah tertinggi di Amerika Syarikat memutuskan bahawa perkahwinan sejenis sah di segi undang-undang.

Ramai pejuang hak-hak golongan menyambut keputusan itu dengan menghias profil Facebook masing-masing dengan warna pelangi yang menjadi lambang gerakan LGBT.

Sementara itu, beliau juga menyeru umat Islam menolak sepenuhnya ideologi ala kumpulan bersenjata Negara Islam di Timur Tengah.

“Apa alasan bunuh orang yang tak bersalah?” soalnya. -Mkini.

Ulang siar entri Jangan Jadi Gay - Najib. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Jadi Gay - Najib. 4.5 5 Unknown Tuesday, June 30, 2015 Jangan Jadi Gay - Najib. Perdana menteri mengingatkan umat Islam bahawa konsep wasatiah menggariskan jalan kesederhanaan yang tidak ter...


No comments:

Post a Comment