Bertembung Dengan Sambutan Kemerdekaan, Jelajah Munaqasyah Punca PAS Tidak Kerah Ahli Turun Sokong BERSIH 4.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana tarikhnya tidak sesuai kerana hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Alasan itu adalah di antara 4 alasan parti itu bertindak hanya menghantar wakilnya ke himpunan itu.
"Tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya berselang satu hari dengan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 2015 dirasakan tidak sesuai," kata ahli Parlimen Kota Baru itu.
PAS juga memberikan alasan yang parti itu akan menumpukan fokus kepada Kongres Rakyat anjurannya pada 12 September ini "bagi membincangkan pelbagai isu dan penyelesaiannya secara konstruktif".
"Maka PAS beranggapan seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh pada 12 September ini," katanya.
Menurutnya, tarikh 29 dan 30 Ogos juga bertembung dengan tarikh siri jelajah munaqasyah ucapan dasar presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak).
PAS juga kata Takiyuddin akan menganjurkan Himpunan 60 Ribu sebulan selepas itu pada 17 Oktober 2015 - TMI.
Ulang siar entri Bertembung Dengan Sambutan Kemerdekaan, Jelajah Munaqasyah Punca PAS Tidak Kerah Ahli Turun Sokong BERSIH 4. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment