Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian.

 On Tuesday, November 24, 2015  

Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian.

Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian.


Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman diumum dipecat daripada keahlian dan jawatan dari parti Umno.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini.

"Dalam soal disiplin parti, Majlis Tertinggi sebulat suara memecat (Datuk) Hamidah Osman daripada keahlian kerana pelanggaran disiplin.

“Perkara lain ada dibincang, tetapi tidak ada ambil keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu selesai," kata Najib pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut mengenai lokasi mesyuarat, Najib berkata, perkara itu disebabkan Dewan Rakyat masih bersidang.

Sementara itu, Najib berkata, barisan ahli mesyuarat turut membincangkan perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember depan.

Menurut Najib, Persidangan Wanita Umno, Puteri Umno dan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno nanti akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Ini adalah cadangan oleh sayap masing-masing dan majlis memutuskan untuk menghormati kehendak mereka," katanya lagi. -SH

Ulang siar entri Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian. 4.5 5 Unknown Tuesday, November 24, 2015 Kerana Desak Najib Letak Jawatan & Mengkritik Isu 1MDB, Ketua Wanita UMNO Gopeng Dipecat Keahlian. Ketua Wanita Umno Bahagian Go...


No comments:

Post a Comment