Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini.

 On Thursday, January 7, 2016  

Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini.

Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini.

Tuan Ahmad Maslan, eloknya jika tuan dapat menggunakan otak sedikit bila nak bercakap tentang pengetahuan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan (pkpk) sebagai langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Langkah-langkah ini ialah langkah jangka panjang. Ini bukan langkah-langkah yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat dalam sekelip mata.
Apa yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini ialah kos sara hidup mengatasi pertumbuhan pendapatan, walaupun mereka telah mempunyai pengetahunan dan kemahiran tertentu atau sudah pun bekerja lebih masa. Paham tak, mereka perlu membiayai perbelanjaan dengan pekerjaan dan pendapatan yang sedia ada, bukan dengan perkerjaan yang mungkin mereka akan dapat di masa depan?
Isu pokok ialah pendapatan mereka sekarang (dalam apa jua pekerjaan yang mereka lakukan, termasuk kerja sambilan), tidak dapat menampung perbelanjaan kerana harga telah meningkat dan nilai ringgit telah menurun dengan ketara.
Oleh itu, sila jangan cuba menggunakan istilah seperti pengetahuan, kemahiran, produktiviti dan keusahawaan untuk menarik perhatian kami.
Saya ingin bertanya kepada tuan bagaimanakah mereka yang menghampiri umur persaraan atau mereka yang telah bersara menjadi generasi yang berilmu dan mahir untuk mendapatkan gaji yang lebih lumayan? Tahukah tuan simpanan mereka telah terhakis dek inflasi?
Selain daripada kakitangan kerajaan yang mungkin mempunyai banyak masa lapang, bagaimana tuan dapat meminta rakyat bekerja lebih masa lagi? Kebanyakan mereka telah bekerja lebih daripada 10 jam sehari, apatah lagi dengan kesesakan lalulintas setiap hari. Apa yang perlu mereka buat lagi, jual burger di setiap tepi jalan selepas pukul 9 malam? Siapa yang akan membeli apabila semua nak menjual?
Tuan Maslan pernah mendengar istilah inflasi tak? Pernahkah tuan mendengar mata wang kehilangan nilainya? Pernahkah tuan mendengar pengagihan pendapatan yang tak seimbang? Pernahkah tuan mendengar kuasa ekonomi yang tidak rata, penindasan, peluang ekonomi berkurangan, kuasa monopoli dan keuntungan keterlaluan? Pernahkah tuan mendengar rasuah, kos menjalankan perniagaan yang tinggi serta ketidakcekapan dan ketirisan birokrasi dan kerajaan?
Saya ingin bertanya kepada tuan bagaimana pemandu bas, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan boleh menjadi lebih produktif? Memandu bas dengan lebih laju, pergi ke kilang lebih awal atau balik ke rumah lebih lewat? Tahukah tuan yang menentukan produktiviti negara ialah orang seperti menteri-menteri, CEOs and ketua pengarah?
Saya ingin bertanya kepada tuan bagaimana perniagaan kecil dapat meningkatkan pendapatan mereka? Perlukah mereka menjual telefon bimbit dan kari laksa di tempat dan pada masa yang sama?
Nasihat saya, Tuan Maslan; tolong jangan gunakan istilah sukar untuk menarik perhatian rakyat. Bagi mereka yang kurang berpelajaran, mungkin mereka tidak akan memahami apa yang tuan katakan. Bagi mereka yang berpendidikan pula, mungkin mereka tahu tuan baru belajar istilah-istilah ini semalam.
Ditulis oleh TK Chua, pembaca FMT yang disiarkan menerusi portal FMT.

Ulang siar entri Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini. 4.5 5 Unknown Thursday, January 7, 2016 Asyik Canang Tentang PKPK, Ahmad Maslan Kena Sound Kaw-Kaw Dengan Individu Ini. Tuan Ahmad Maslan, eloknya jika tuan dapat menggunaka...


No comments:

Post a Comment