CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan.

 On Tuesday, January 5, 2016  

CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan.

CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan.


Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal (IPB), yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), telah memfailkan injunksi terhadap penggantungannya selepas beliau melaporkan rasuah dalam institusi pendidikan Islam berkenaan.

Dr Syed Omar Syed Agil berkata, institusi pendidikan tinggi swasta itu kemudian mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya pada 29 September, 2015, iaitu hari yang sama apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan penggeledahan dan penyitaan di premis IPB di sini. 


"Setelah bekerja dengan Defendan selama hampir setahun dan melihat wujudnya beberapa keputusan tertentu mengenai kewangan dan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan yang telah dibuat oleh beberapa pegawai dan/atau kakitangan tertentu, saya sesungguhnya percaya terdapat salah urus kewangan dan/atau penyelewengan, serta tindakan pegawai dan/atau pekerja Defendan yang saya sesungguhnya percaya merupakan kesalahan tatatertib dan/atau kesalahan jenayah, saya membangkitkan isu-isu ini dalam Institut dan kemudiannya membuat pendedahan yang sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ("SPRM ") dan Polis Diraja Malaysia (" Polis ") masing-masing pada 14-8-2015 dan 1-9-2015 ("Pendedahan Saya Terhadap Perbuatan Salahlaku ")," kata Syed Omar di dalam afidavit untuk menyokong permohonan injunksi interim beliau, lapor wartawan Malay Mail Online yang melihat affidavit berkenaan..

SPRM, bagaimanapun, tidak dapat menjalankan penggeledahan dan penyitaan kerana pegawai IPB yang berkenaan mengambil cuti sakit dan sebaliknya menyerahkan waran itu kepada Syed Omar sendiri. 

Syed Omar berkata, dalam afidavitnya bahawa beliau percaya IPB telah menyedari pendedahannya terhadap salah urus kewangan yang didakwa di institusi apabila dia menghantar e-mel kepada "beberapa" pegawai atau pekerja IPB, selepas pegawai-pegawai SPRM meninggalkan premis IPB ini, meminta kehadiran mereka ke pejabat SPRM pada hari berikutnya. 

Syed Omar juga berkata beliau telah menghantar surat tunjuk sebab 18 halaman pada 5 Oktober tahun lepas, yang menyatakan kekecewaannya terhadap tuduhan yang "tidak jelas, tidak berasas dan tuduhan yang lewat dibuat terhadapnya (hanya selepas pendedahan penyelewengannya kepada SPRM) dan caranya bertindak selaku Ketua Eksekutif Institut dipertikaikan oleh pegawai dan/atau pekerja Defendan ". 

IPB, bagaimanapun, telah menghantar beliau notis sehari kemudiannya memberitahunya bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. Beliau telah digantung sejak 7 Oktober tahun lepas. 

Syed Omar, yang mula berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IPB pada September 2014, setelah memenangi injunksi ex-parte terhadap penggantungan dan siasatan dalaman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 21 Disember lalu sementara menunggu pendengaran permohonan injunksi interim itu lewat hari ini. 

Pihak polis telah mengesahkan menyiasat aduan Syed Omar di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah oleh penjawat awam. 

IPB Sdn Bhd dimiliki 70 peratus oleh MAIWP. 

Akhir tahun lalu, IPB akhir tahun lalu kerana dikatakan menempatkan 500 pelajar di sebuah bangunan di Kajang yang belum menerima sijil layak menduduki. 

Dakwaan-dakwaan rasuah terhadap IPB datang di tengah-tengah dakwaan rasuah melibatkan satu lagi institusi Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), yang didakwa telah membiayai seorang menteri pusat untuk membeli-belah dan bermain golf di Amerika Syarikat. Kredit - GB.

Ulang siar entri CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 5, 2016 CEO Ini Digantung Selepas Dedahkan IPB Di Bawah Seliaan MAIWP Terlibat Dalam Kegiatan Penyelewengan. Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eks...


No comments:

Post a Comment