Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita!

 On Monday, January 4, 2016  

Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita!

Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita!


Berita yang dipetik menerusi Utusan Malaysia ;

Akibat ketirisan dan penyelewengan skim gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi kerajaan kehilangan RM800 juta hanya untuk tahun lalu sahaja.
Sumber yang enggan dikenali mendedahkan, ketirisan itu berlaku berikutan penyeludupan dan penyalahgunaan bahan tersebut.
Kerugian tersebut merupakan 40 peratus dari jumlah keseluruhan subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi bahan tersebut iaitu RM2 bilion setahun.
“Bahan itu diseludup ke negara-negara jiran dengan menggunakan laluan darat dan laut, manakala penyalahgunaan pula melibatkan pihak industri khususnya kepada pengusaha restoran serta hotel,” sumber itu dilaporkan sebagai berkata.
Jelas sumber itu lagi, kerugian tersebut terjadi apabila sindiket tersebut memindahkan gas berkenaan dari tong bersubsidi ke tong industri yang sememangnya tidak diberikan subsidi.
“Contohnya mereka memindahkan tong dari tiga tong seberat 14kg setiap satu ke dalam sebuah tong industri seberat 50kg, Melalui anggaran kasar ini bermakna kerajaan kerugian sekitar RM62.58.
“Ini memandangkan setiap tong seberat 14kg, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20.86 yang harga sebenar RM47.86.
“Ini baru kiraan untuk mengisi tong seberat 50kg yang sebenarnya memerlukan lebih tiga tong seberat 14kg setiap satu.
“Bayangkan berapa kerugian yang ditanggung jika penyeludupan melibatkan 10,000 tong LPG industri,” sumber tersebut dilaporkan sebagai berkata.
Jelasnya lagi, tong seberat 50kg dijual di pasaran gelap dengan harga RM150 berbanding harga sebenar RM169.50.
Katanya, angka kerugian akan meningkat lebih besar sekiranya bahan tersebut di seludup menggunakan lori tangki dan kapal tangki.
Sumber tersebut berkata, bahan itu diseludup menggunakan kapal ke beberapa negara seperti Laos, Thailand dan Vietnam.

Taktik kerajaan ;

Pertama - Cerita tentang kerugian subsidi yang tidak sampai kepada pengguna kerana kegiatan penyeludupan dan penyelewengan.

Kedua - Gunakan media-media pro pembangkang dan buat jalan cerita seolah-olah tindakan itu sangat merugikan kerajaan dan kesian pengguna tak dapat meraih kesan positif akibat pemberian subsidi tersebut.

Ketiga - Kemudian, tak berapa lama kita mendapat berita subsidi dikurangkan secara berperingkat = harga gas memasak dinaikkan ataupun subsidi dihapuskan terus.. dengan harapan rakyat masih ingat tentang berita2 tentang penyelewengan subsidi yang pernah dilaporkan terlebih dahulu sebelum itu.

Chit podahhhhhh..

Ingat orang baru jadi rakyat Malaysia ke apa?

Taktik lue orang semua dalam tangan neh hah..

Fikir. Fikir. Fikir..

Kalau berlaku kegiatan penyeludupan, itu siapa salah?
Siapa yang jadi penguatkuasa?
Siapa yang buat undang-undang?
Siapa yang tak reti jaga/kawal kegiatan penyeludupan?
Jika berlaku penyelewengan subsidi, siapa yang patut dipertanggungkan?
Siapa yang rangka skim?
Siapa yang bentuk kaedah pengagihan subsidi?
Bukan kerja rakyat semua tu..
Lue punya akai, lue yang rangka kaedah, lue la yang salah..

Keh Keh Keh

Ulang siar entri Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita! 4.5 5 Unknown Monday, January 4, 2016 Kerajaan Rugi 800 Juta Akibat Subsidi Diselewengkan Dalam LPG - Cakap Aje La Nak Hapuskan Subsidi, Habis Cerita! Berita yang dipetik...


No comments:

Post a Comment