1,000 Pekerja Petronas Dihentikan.
Kumpulan Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula berikutan harga minyak mentah yang terus jatuh menjunam dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang mengakibatkan perolehan PETRONAS susut.
Keputusan itu dibuat dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah jatuh.
"Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.
“Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, memetik sumber Malaysiakini.
Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.
Ulang siar entri 1,000 Pekerja Petronas Dihentikan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment