Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi.

 On Thursday, March 24, 2016  

Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi.

Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi.


Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, memetik laporan dari portal Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."
"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," 
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat.

Ulang siar entri Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi. 4.5 5 Unknown Thursday, March 24, 2016 Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi. Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya...


Related Post:

  • Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Oleh : Aliff Ahmad II Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!   Antara perkara yang gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan … Read More
  • Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan undang-undang larangan merokok di tempat awam.  … Read More
  • Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di Shah Alam ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan. Ketua… Read More
  • Dikecam Kerana Bina Kuil Depan Flat. Dikecam Kerana Bina Kuil Depan Flat. Kerajaan Negeri Johor digesa untuk menyiasat pembinaan sebuah kuil berhadapan sebuah rumah flat yang tular sejak semalam. Kuil tersebut dibina betul-betul berhadapan sebuah rumah dan menghalang laluan kelua… Read More
  • Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Oleh : Hasmuhaimin Din Gulam Ok, aku dah masuk ke dalam kokpit aku. Pegang saja stereng, automatik aku dapat rasa aura supir dah mula mengalir keseluruh tubuh untuk aku kembali menulis pasal… Read More

No comments:

Post a Comment