Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir.

 On Wednesday, March 23, 2016  

Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir.

Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir.


Petikan dari SH ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan terdapat 33 orang pendeposit Tabung Haji (TH) menarik diri daripada giliran menunaikan haji kerana percaya dengan persepsi tidak benar terhadap institusi itu.

Menurut beliau, empat daripadanya hanya perlu menunggu dalam lingkungan empat tahun sebelum dapat menunaikan haji.

"Ada yang tarik diri kerana dia yakin TH tak mampu untuk tampung dia pergi haji. Malah ada yang nak minta duit kembali.

"Sedangkan saya dimaklumkan oleh TH, kena tunggu 82 tahun untuk pergi haji kalau daftar sekarang. Jadi inilah persepsi dan keganasannya," katanya ketika menjadi ahli panel dalam Bicara Persada bertajuk Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, TH telah menjadi mangsa persepsi dan fitnah sehingga menjejaskan kepercayaan pendepositnya.

"Dalam kess TH telah dibina satu persepsi kononnya TH berdepan masalah kewangan yang meruncing. Aset TH dikatakan tidak cukup untuk bayar pendeposit.

"Akhirnya masyarakat percaya sehingga ada yang tanya kepada saya kenapa tak jelaskan. Minggu depan saya akan buat pengumuman untuk buktikan kita punyai keuntungan lebih RM60 bilion," katanya.

Ulasan.

1. Logik ke nak tunggu sampai 82 tahun untuk tunaikan haji?

2. Jika menteri bercakap guna logik akal, logik ke alasan yang diberikan oleh Tabung Haji kepadanya?

3. Logik ke untuk menteri mempercayai dan menyebarkan kenyataan tersebut?

4. Untuk orang-orang miskin menunaikan haji, ya mereka perlu menyimpan dan menunggu giliran masing-masing tetapi rasional ke nak tunggu sampai 82 tahun jika mereka baru mendaftar sekarang?

5. Sepatutnya dah tahu bahawa hayat manusia tak semua mencecah 82 tahun dan ke atas.

6. Sepatutnya bila diperdendangkan alasan tersebut menteri seharus mencari jalan mempercepatkan proses tunaikan haji para pendeposit Tabung Haji.

7. Kenapa berikan alasan tersebut secara terbuka? Apakah berniat mahu menakutkan umat? Soalnya menteri yang menyerapkan persepsi bahawa kerajaan tidak boleh dikritik, GLC yang terlibat dengan skandal tidak boleh dikritik, wajar ke?

8. Jika kalau ada yang baru mendaftar sekarang perlu menunggu sehingga 82 tahun baru boleh menunaikan haji, bagaimana pula yang mendaftar kemudiannya? Tolongla. Jadi menteri biarlah berakal.

Ulang siar entri Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir. 4.5 5 Unknown Wednesday, March 23, 2016 Kena Tunggu 82 Tahun Lagi Kalau Daftar Haji Sekarang - Jamil Khir. Petikan dari SH ; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S...


No comments:

Post a Comment