Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..

 On Thursday, March 31, 2016  

Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..

Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..

 
Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.

Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.

“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya. -FMT

Ulang siar entri Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi.. 4.5 5 Unknown Thursday, March 31, 2016 Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..   Pendebat Terbaik Asia , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...


No comments:

Post a Comment